You are here
Home > Defence Relations > RMN Strengthens Bilateral Relationship with Foreign Navies through Exercise MILAN 22

RMN Strengthens Bilateral Relationship with Foreign Navies through Exercise MILAN 22

LUMUT, 11 Mar 2022 – The Malaysian Armed Forces (MAF) through the Royal Malaysian Navy (RMN) represented by KD LEKIU continues to strengthen close cooperation with foreign navies through participation in Exercise MILAN 22 organized by the Indian Navy (TLI) in Visakhapatnam, India on 25 Feb to 4 March 22.

MILAN means “meeting” in Hindi is a multilateral maritime exercise organized biennially by TLI since 1955 and the 2022 edition this time themed ‘Camaraderie, Cohesion and Collaboration’ was attended by 26 ships, a submarine and 21 aircraft from more than 40 countries. The exercise was implemented in two phases, namely the Port Phase from 25 to 28 Feb and followed by the Sea Phase from 1 to 4 March 22.

In the port phase, the contingents and delegations present attended the International Maritime Seminar and the International City Parade which featured exhibitions of Indian handicrafts, cuisine and cultural arts as well as showcased the unique elements of the foreign countries involved. KD LEKIU also promoted the uniqueness of Malaysia through traditional Malaysian food, namely nasi lemak.

During the Sea Phase tests the interoperability capabilities of all navies involved in conventional warfare which includes anti-air and subsurface warfare exercises, surface target firing, resupply at sea and helicopter landings.

The MAF will continue to be committed to seize every opportunity to conduct training and cooperation with the armed forces of friendly countries in the future, in order to ensure that the level of readiness of MAF personnel will always be at the highest level and ready to defend the country at all times.

Source from:
Strategic Communications Division, Western Fleet Command Headquarters


𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗦𝗔𝗜𝗦 𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗗𝗜 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗔

LUMUT, 11 Mar 2022 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diwakili oleh KD LEKIU terus memperkukuhkan kerjasama erat bersama angkatan laut negara luar menerusi penglibatan di dalam Eksesais MILAN 22 yang dianjurkan oleh Tentera Laut India (TLI) di Visakhapatnam, India pada 25 Feb hingga 4 Mac 22 yang lalu.

MILAN bermaksud “perjumpaan” atau “pertemuan” dalam bahasa Hindi merupakan sebuah eksesais multilateral maritim yang dianjurkan secara dwitahunan oleh TLI sejak tahun 1955 dan edisi 2022 kali ini bertemakan ‘Camaraderie, Cohesion and Collaboration’ telah disertai oleh 26 buah kapal, sebuah kapal selam dan 21 buah Pesawat dari lebih 40 buah negara yang dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa Pelabuhan mulai 25 hingga 28 Feb dan diikuti oleh Fasa Lautan mulai 1 hingga 4 Mac 22.

Dalam fasa pelabuhan, kontingen dan deligasi yang hadir telah mengikuti Seminar Maritim Antarabangsa serta Perarakan Bandar Antarabangsa yang mengetengahkan pameran kraftangan, masakan dan seni budaya India serta turut memperagakan keunikan elemen negara luar yang terlibat. KD LEKIU turut mempromosikan keunikan Malaysia menerusi makanan tradisi Malaysia iaitu nasi lemak.

Semasa Fasa Lautan pula merupakan medan untuk menguji keupayaan interoperability kesemua angkatan laut terlibat dalam peperangan konvensional yang meliputi latihan peperangan anti-serangan udara dan bawah permukaan, penembakan sasaran permukaan, ulang bekal di lautan dan pendaratan helikopter.

ATM akan terus komited untuk memanfaatkan setiap peluang untuk melaksanakan latihan dan kerjasama bersama angkatan tentera negara sahabat di masa hadapan, dalam usaha untuk memastikan tahap kesiagaan warga ATM akan sentiasa berada pada tahap tertinggi dan bersedia untuk mempertahankan negara pada sebilang masa.

Sumber daripada:
Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat

ATMSentiasaBersepadu

KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

NavyPeople

Top