You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysia Royal Artillery Regiment, Royal Engineering Regiment and Royal Ordnance Corps Welcome New Leadership

Malaysia Royal Artillery Regiment, Royal Engineering Regiment and Royal Ordnance Corps Welcome New Leadership

SUNGAI BESI, 18 Mei 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Acara Serah Terima Tugas Pegawai Kanan yang melibatkan serah terima tugas Pengerusi Kor Ordnans Diraja, Pengarah Kor Ordnans Diraja, Pengerusi Rejimen Artileri Diraja, Pengarah Rejimen Artileri Diraja dan Ketua Jurutera Rejimen Askar Jurutera Diraja di Dewan Zulkilfi Zin, Wisma Perwira Tentera Darat pada hari ini. Majlis dimulakan dengan serah terima tugas Pengerusi Kor Ordnans Diraja, di antara Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Ariff Soo bin Abdullah dan Mejar Jeneral Mohd Tamam bin Jamioon.

Seterusnya serah terima tugas Pengarah Kor Ordnans Diraja, di antara Mejar Jeneral Mohd Tamam bin Jamioon dan Kolonel Suhaimi bin Mat Isa.Majlis diteruskan dengan acara serah terima tugas Pengerusi Rejimen Artileri Diraja selaku Pengarah Rejimen Artileri Diraja, di antara Mejar Jeneral Dato’ Dr Haji Ibrahim bin Yasir dan Brigedier Jeneral Zulmajdi bin Yunus. Manakala majlis serah menyerah Ketua Jurutera Rejimen Askar Jurutera Diraja di antara Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Ir. Hj. Chapiti bin Hj. Redzwan dan Brigedier Jeneral Fazillah bin Ibrahim.

Seluruh warga Tentera Darat Malaysia mengucapkan tahniah kepada barisan pegawai kanan yang telah diberikan kepercayaan untuk memegang tampuk kepimpinan pada hari ini. Semoga dengan amanah yang baharu dipertanggungjawabkan ini, organisasi ini akan terus dipimpin dan dipacu ke arah kecemerlangan yang lebih baik pada masa mendatang.

Majlis sebegini adalah sinonim dengan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada pemberian pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti para pegawai yang diraikan.

Top
%d bloggers like this: