You are here
Home > Defence Relations > Malaysian Chief of Defence Force Attends 19th Shangri-La dialogue, Singapore

Malaysian Chief of Defence Force Attends 19th Shangri-La dialogue, Singapore

SINGAPORE, 10 June 2022-The Chief of Defence Force, General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang RMAF participated in the 19th Shangri-La dialogue session, International Institute for Strategic Studies (IISS) held in Singapore.

Earlier, he had the opportunity to pay a courtesy call on his counterpart, Lieutenant-General Melvyn Ong, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces before listening to the opening speech delivered by Dr. John Chipman, Director-General cum Chief Executive Officer (CEO) of IISS.

On the same occasion, he also met with several colleagues and other dignitaries who were also present to make this dialogue session a success.

In a separate event, the CDF and other IISS dialogue participants also celebrated in a dinner in conjunction with the opening of the 19th Shangri-La, International Institute for Strategic Studies (IISS) dialogue session scheduled to run from 10 to 12 June 2022.

This dialogue session is a summit that will discuss regional security issues, especially in Asia Pacific.

Nearly 500 delegates from more than 40 countries are expected to participate in the conference which provides an open and neutral platform for the exchange of views and perspectives on defense and security issues and initiatives.


𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝟭𝟵𝘁𝗵 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧𝗘 𝗙𝗢𝗥 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗖 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗜𝗘𝗦 (𝗜𝗜𝗦𝗦) 𝗦𝗛𝗔𝗡𝗚𝗥𝗜-𝗟𝗔 𝗗𝗜𝗔𝗟𝗢𝗚𝗨𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟮

SINGAPURA, 10 Jun 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyertai sesi dialog Shangri-La, International Institute for Strategic Studies (IISS) ke-19 yang diadakan di Singapura.
Terdahulu, beliau berkesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau iaitu Lieutenant-General Melvyn Ong, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces sebelum mendengar ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Dr. John Chipman, Director-General merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IISS.

Dikesempatan yang sama, beliau turut bertemu dengan beberapa rakan sejawat dan tetamu kenamaan lain yang turut hadir menjayakan sesi dialog ini.

Dalam acara berasingan, Panglima Angkatan Tentera dan peserta dialog IISS yang lain turut diraikan dalam satu majlis makan malam bersempena pembukaan sesi dialog Shangri-La, International Institute for Strategic Studies (IISS) ke-19 yang dijadual bermula pada 10 hingga 12 Jun 2022.

Sesi dialog ini adalah merupakan satu persidangan kemuncak yang akan membincangkan perihal keselamatan serantau khususnya di Asia Pasifik.

Seramai hampir 500 orang perwakilan dari lebih 40 negara dijangka menyertai persidangan ini yang menyediakan platform terbuka dan neutral untuk pertukaran pandangan serta perspektif terhadap isu dan inisiatif pertahanan serta keselamatan.

Top
%d bloggers like this: