You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysian Army Promotion June 2022

Malaysian Army Promotion June 2022

SUNGAI BESI, 27 June 2022 – A total of 34 senior Army officers were promoted in the Senior Army Officer Application of Rank Ceremony officiated by the Chief of Army (COA), General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain at Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat today.

Leading the list, Brigadier General Azhan bin Haji Md Othman was promoted to Major General and appointed Assistant Chief Staff Human Resources, Army Headquarters effective 24 June 2022. Next is Brigadier General to Major General is Brigadier General Abdul Rahman bin A Wahab who was promoted to Major General and appointed Commander of the Fifth Division of the Malaysian Infantry effective 7 June 2022.

Also promoted to Major General is Brigadier General Padman a/l K P Bhaskaran who was appointed Assistant Commander of the Reserve Force Division, Army Headquarters effective 7 June 2022. Next, also promoted to the rank of Major General is Brigadier General Haji Zainal Shukri bin Haji Mohamed Zain who remains in his position as Assistant Chief of Staff Logistics, Army Headquarters effective 7 June 2022.

The rank conferment ceremony also saw seven senior officers promoted to the rank of Brigadier General, 10 senior officers promoted to the rank of Colonel and 14 officers promoted to the rank of Lieutenant Colonel.

Tan Sri COA in his speech congratulated the senior officers of the Army who have been promoted and reminded that the rank is an award from Allah SWT that should be thanked by showing the best service performance at all times in ensuring the Malaysian Army (TDM) continues excel as well as remain relevant in the future.

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#Second Pillar
#TonggakKetiga


KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK MENERUSKAN KECEMERLANGAN DI MASA HADAPAN

SUNGAI BESI, 27 Jun 2022 – Seramai 34 orang pegawai kanan Tentera Darat telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat pada hari ini.

Mendahului senarai pemakaian pangkat, Brigedier Jeneral Azhan bin Haji Md Othman yang dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral serta dilantik sebagai Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Darat berkuatkuasa pada 24 Jun 2022. Seterusnya ialah Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral adalah Brigedier Jeneral Abdul Rahman bin A. Wahab yang dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan dilantik sebagai Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia berkuatkuasa pada 7 Jun 2022.

Major General Azhan bin Haji Md Othman

Turut dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral adalah Brigedier Jeneral Padman a/l K P Bhaskaran yang dilantik sebagai Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat berkuatkuasa pada 7 Jun 2022. Seterusnya, turut dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral adalah Brigedier Jeneral Haji Zainal Shukri bin Haji Mohamed Zain yang kekal menyandang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Logistik, Markas Tentera Darat berkuatkuasa pada 7 Jun 2022.

Majlis pemakaian pangkat ini turut menyaksikan tujuh pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral, 10 pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Kolonel dan 14 pegawai dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel.

Tan Sri PTD di dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada pegawai-pegawai kanan Tentera Darat yang telah dinaikkan pangkat dan mengingatkan bahawa pangkat adalah merupakan anugerah daripada Allah SWT yang perlu disyukuri dengan menunjukkan prestasi perkhidmatan yang terbaik sebilang masa dalam memastikan Tentera Darat Malaysia (TDM) terus cemerlang serta kekal relevan pada masa hadapan.

Seluruh warga TDM merakamkan ucapan tahniah kepada pegawai-pegawai kanan Tentera Darat yang telah dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat tersebut akan meningkatkan lagi prestasi kerja dalam memacu organisasi TDM.

Pelaksanaan acara sebegini adalah selaras dengan Tonggak Kedua dan Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Keutuhan Organisasi’ yang menekankan kepada aspek memantapkan kompetensi dan sikap profesional dan, “Kelestarian Kesejahteraan Warga” yang memberi penumpuan kepada pengiktirafan khidmat bakti.

TenteraDaratMalaysia

GagahSetia

TonggakKedua

TonggakKetiga

Top
%d bloggers like this: