You are here
Home > Parade & Ceremony > 1 Div Regimental Sergeant Major Change of Appointment Parade

1 Div Regimental Sergeant Major Change of Appointment Parade

The handover of Regimental Sergeant Major (RSM) duties between PW I Amir Hamzah Lamalika and PW I Lukas Ukus as the new SMR 1 Div was witnessed by the Acting Chief of Staff 1 Div, Lt Col Suhaimi Kamarul Ariffin.

PW I Amir Hamzah Lamalika who started serving as the 5th RSM 1 Div since 2 Jan 2019 will move out to the Joint Task Force 2 (JTF 2) to take up the position as RSM.


SARAWAK: Seramai 58 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) yang diadakan di Dataran Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) 1 Div pada 6 Jul 2022.

Serah Terima Tugas di antara PW I Amir Hamzah Lamalika dan PW I Lukas Ukus sebagai SMR 1 Div baharu disaksikan oleh Pemangku Ketua Staf 1 Div, Lt Kol Suhaimi Kamarul Ariffin.

Pada masa yang sama, acara turut diserikan lagi dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa SMR 1 Div.

PW I Amir Hamzah Lamalika yang mula berkhidmat sebagai SMR 1 Div Ke-5 sejak 2 Jan 2019 akan bertukar keluar ke Markas Tugas Angkatan Bersama 2 (ATB 2) bagi menjawat jawatan sebagai SMR.

Dalam ucapan mantan SMR 1 Div, beliau menzahirkan perasaan terharu terhadap sokongan, semangat serta kerjasama yang telah diberikan oleh semua pegawai dan anggota sepanjang tempoh perkhidmatannya di 1 Div.

Acara berasaskan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) ini bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

  • Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia
Top
%d bloggers like this: