You are here
Home > Parade & Ceremony > Maj Gen Mahadzer bin Amin Appointed as New Air Region 1 Commander

Maj Gen Mahadzer bin Amin Appointed as New Air Region 1 Commander

KUANTAN, 6 Jul 22 – At the Air Management Institute (INSPRA) Parade Ground, an event was held that involved changes to the top leadership of the RMAF, especially at the formation headquarters level.

On this historic day, the Handover Ceremony of the Commander of Air Region 1 (MAWILUD 1) between Lt Gen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin RMAF and Maj Gen Mahadzer bin Amin RMAF was witnessed by the Commander of Air Operations Lt Gen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail RMAF who is also Acting Chief of Air Force.

Also present were MAWILUD 1 Chief of Staff, Brig Gen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan RMAF; Base Commanders, Assistant Chiefs of Staff, officers and members of other ranks, especially those working at the Air Region 1 Headquarters and Kuantan Air Base.


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA WILAYAH UDARA 1

KUANTAN, 6 Jul 22 – Bertempat di Padang Kawad Institut Pengurusan Udara (INSPRA) telah berlangsung acara yang melibatkan perubahan kepada barisan kepimpinan tertinggi TUDM khususnya di peringkat markas formasi. Pada hari bersejarah ini, Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 1 di antara Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dengan Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM telah disaksikan oleh Panglima Operasi Udara Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang juga merangkap Pemangku Panglima Tentera Udara. Turut hadir ialah Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM; Komander-komander Pangkalan, Asisten-Asisten Ketua Staf, pegawai-pegawai serta anggota Lain Lain Pangkat khususnya yang bertugas di Markas Wilayah Udara 1 dan Pangkalan Udara Kuantan.

Majlis ini dimulakan dengan perbarisan statik yang terdiri daripada 12 pegawai dan 147 anggota LLP diketuai oleh Mej Mohd Ikhwan Hadi bin Jusoh TUDM. Di dalam perbarisan ini, Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM turut memberikan ucapan penghargaan kepada warga Markas Wilayah Udara 1 dan Pangkalan Udara Kuantan yang mengkoordinasikan perbarisan pada hari ini. Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga MAWILUD 1 serta warga pangkalan udara di bawah naungan MAWILUD 1 di atas sokongan padu yang diberikan kepada beliau sepanjang menjawat tugas Panglima Wilayah Udara 1 selama kira-kira 1 tahun 8 bulan.

Beliau juga menyeru warga udara di bawah naungan MAWILUD 1 untuk bekerja secara “teamwork” dengan ikhlas dan efisien bagi memacu MAWILUD 1 ke tahap yang lebih cemerlang bersama Panglima Wilayah Udara 1 yang baharu iaitu Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM serta ucapan selamat maju jaya dan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang termasuk kepada unit naungan MAWILUD 1. Seterusnya upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa kepada Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM sebagai simbolik peralihan pemerintahan yang secara rasminya memegang jawatan Panglima Wilayah Udara 1.

Seluruh warga Markas Wilayah Udara 1 khususnya dan warga TUDM amnya mengucapkan terima kasih kepada Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM di atas khidmat dan bakti sepanjang memegang jawatan sebagai Panglima Wilayah Udara 1 serta tahniah di atas pelantikan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang baharu. Ucapan setinggi-tinggi Tahniah juga diucapkan kepada Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM yang dilantik sebagai Panglima Wilayah Udara 1 yang baharu untuk memimpin MAWILUD 1 dan pasukan di bawah naungan.

Top
%d bloggers like this: