You are here
Home > Defence Relations > Malaysia 3rd Division Commander on Working Visit to Singapore

Malaysia 3rd Division Commander on Working Visit to Singapore

SINGAPORE: The Commander of the 3rd Malaysian Infantry Division, Maj Gen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim paid a working visit to Singapore from 30 to 31 Jul 2022 at the invitation of his counterpart the Commander 3rd Division Singapore Armed Forces (SAF), who is also the organiser of the 57th Singapore National Day Parade 2022.

This annual event is organised in rotation between the SAF formations and this visit is in conjunction with the 57th Singapore National Day Preview held at The [email protected] Bay, Singapore on 30 July 2022.

The program started with a familiarisation and friendly session between the two parties before the tour briefing which took place in VIP Room 1 of The [email protected] Bay.

Next, delegations from 3 Div were taken to watch the Preview of the 57th Singapore National Day Parade and the Commander of 3 Div also got friendly with the Singapore Chief of Defence Force and the Speaker of the Singapore Parliament who was the Reviewing Officer at the event.

This program is part of the Professional Interaction Program (PIP) which involves the parties of both 3 Div and it is in line with the Fourth Pillar of the 28th Army Commander which is the Strengthening of Defense Relations.

A program like this can further increase mutual trust and strengthen the relationship of cooperation between the two parties.

  • Headquarters of the Third Malaysian Infantry Division

LAWATAN KERJA PANGLIMA 3 DIV KE SINGAPURA ERATKAN HUBUNGAN KETENTERAAN

SINGAPURA: Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Singapura atas undangan rakan sejawat beliau Commander 3rd Division Singapore Armed Forces (SAF) selaku penganjur Persembahan Hari Kebangsaan Singapura yang Ke-57 pada 30 hingga 31 Jul 2022.

Acara tahunan ini dianjurkan secara pergiliran antara formasi pemerintahan SAF di mana lawatan ini bersempena dengan Preview Hari Kebangsaan Singapura Ke-57 yang diadakan di The [email protected] Bay, Singapura pada 30 Jul 2022.

Program dimulakan dengan sesi suai kenal dan ramah mesra di antara kedua-dua belah pihak sebelum taklimat lawatan yang berlangsung di Bilik VIP 1 The [email protected] Bay.

Seterusnya, delegasi daripada 3 Div dibawa menonton ke Preview Hari Kebangsaan Singapura Ke-57 dan Panglima 3 Div turut beramah mesra dengan Panglima Angkatan Tentera Singapura serta Speaker Parlimen Singapura yang menjadi Reviewing Officer pada acara tersebut.

Program ini merupakan sebahagian daripada Professional Interaction Programme (PIP) yang melibatkan pihak kedua-dua 3 Div dan ianya selaras dengan Tonggak Keempat Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pengukuhan Perhubungan Pertahanan.

Program seumpama ini dapat meningkatkan lagi saling kepercayaan serta mengukuhkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

  • Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia
Top
%d bloggers like this: