You are here
Home > Defence Relations > Royal Malaysian Air Force Participates in Exercise PITCH BLACK 2022

Royal Malaysian Air Force Participates in Exercise PITCH BLACK 2022

DARWIN, 1 Sep 22 – The Exercise PITCH BLACK 2022 has seen the participation of the Royal Malaysian Air Force (RMAF) as a “Selected Partner” at the invitation of the Royal Australian Air Force (RAAF). This exercise takes place from 20 Aug 22 to 8 Sep 22 in Darwin Australia.

The involvement of participants from the RMAF consisted of 17 officers led by ACOS A7 of the Air Operations Command Headquarters (MPOU), Col Razali bin Ahmad Jumali RMAF. Two (2) RMAF officers attended this exercise as “International Observers” while the other 15 RMAF officers were absorbed as “Ground Participants”.

RMAF contingent officers were absorbed as ‘augmentees’ in Exercise Pitch Black 22 where intelligence officers were given the opportunity to carry out “intel briefing” and flight operations officers consisting of Su-30MKM, F/A-18D, Hawk, The KC-130 and A400M were also involved in all the “mission planning” and “briefing” of the Pitch Black 22 mission. The GCI (Ground Control Interceptor) officers of the RMAF were also given the opportunity and experience of the mission control environment from Darwin, Australia.

In addition to supporting important missions in Exercise Pitch Black 22, RMAF officers were also given the opportunity to attend academic classes “Mission Planning”, “Mission Commander”, GCI, “Intelligence”, “Logistic Planning” and so on conducted by the RAAF as a joint effort to increase the capability and empowerment of the RMAF so that the RMAF officers participating in the 22nd Pitch Black Exercise can pass on their knowledge and experience to their respective teams when they return to their beloved homeland.


TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA SERTAI EKSESAIS PITCH BLACK 2022

DARWIN, 1 Sep 22 – Eksesais Pitch Black bagi tahun 2022 telah memperlihatkan penyertaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai “Selected Partner” atas jemputan daripada Royal Australian Air Force (RAAF). Eksesais ini berlangsung dari 20 Ogos 22 hingga 8 Sep 22 di Darwin Australia.

Penglibatan peserta daripada TUDM terdiri daripada 17 orang pegawai yang diketuai oleh AKS A7 Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM. Dua (2) orang pegawai TUDM menghadiri eksesais ini sebagai “International Observer” manakala 15 orang pegawai TUDM yang lain telah diserapkan sebagai “Ground Participant”.

Eksesais Pitch Black 22 pada tahun ini merupakan ekesais terbesar yang pernah dilaksanakan di rantau ini dengan penglibatan seramai 2,500 peserta dan lebih daripada 100 pesawat dari 17 negara. Eksesais pada kali ini menumpu kepada FIT (Force Integration Training) dan LFE (Large Force Employment) yang melibatkan pesawat pejuang generasi 5.0 seperti F-35A dan F-35B, pesawat EA-18G Growler, F-15, F-16, Su-30MKI, Rafale, Typhoon, F-2 dan didokong dengan pelbagai pesawat pengangkut dan pesawat pengisi minyak seperti MRTT (Multi Role Transport Tanker).

Pegawai-pegawai kontinjen TUDM telah diserapkan sebagai ‘augmentee’ dalam Eksesais Pitch Black 22 di mana pegawai perisikan telah diberi peluang untuk melaksanakan “intel briefing” dan pegawai operasi penerbangan yang terdiri daripada anak kapal Su-30MKM, F/A-18D, Hawk, KC-130 dan A400M turut terlibat di dalam kesemua “mission planning” dan “briefing” misi Pitch Black 22. Pegawai-pegawai GCI (Ground Control Interceptor) TUDM turut diberi peluang dan pengalaman tentang suasana pengawalan misi (mission control) dari Darwin, Australia.

Di samping mendukung misi-misi penting di Eksesais Pitch Black 22, pegawai-pegawai TUDM juga diberi peluang menghadiri kelas-kelas akademik “Mission Planning”, “Mission Commander”, GCI, “Intelligence”, “Logistic Planning” dan sebagainya yang dilaksanakan oleh pihak RAAF sebagai pengkongsian bersama untuk meningkatkan daya keupayaan dan pemerkasaan TUDM supaya pegawai-pegawai TUDM yang menyertai Eksesais Pitch Black 22 kali ini dapat menyampaikan ilmu dan pengalaman mereka kepada pasukan masing-masing apabila kembali ke tanah air yang dicintai.

Selain daripada itu, kontinjen TUDM turut didedahkan dengan kelas perisikan udara, “Ground Controlling”, “Survival”, “mission briefing”, “lesson learned” dan sebagainya. Kontinjen TUDM juga diberi peluang untuk membuat lawatan ke detasmen negara jiran Singapore, Bangunan “Air Movement” RAAF Darwin dan melawat detasmen Korea dan Jepun yang buat kali pertama membawa pesawat ke Darwin menyertai eksesais Pitch Black. Pertukaran pendapat dan saling memahami cabaran yang dihadapi oleh negara-negara yang terlibat terutamanya di dalam perancangan operasi dan logistik telah menjadi tumpuan utama lawatan-lawatan ke pasukan sahabat oleh kontinjen TUDM. Pengalaman dan kelas-kelas sebegini merupakan langkah yang penting untuk pihak TUDM membuat persiapan yang rapi dan tersusun dalam penyertaan Eksesais Pitch Black 2024.

Ketua Kontinjen Ground Participant TUDM, Lt Kol Goh Keng Loon TUDM dan Ketua Logistik TUDM, Lt Kol Faudzaman bin Othman TUDM mendapat penghormatan istimewa untuk berinteraksi dengan Timbalan Perdana Menteri Australia, Mr. Richard Marles apabila beliau singgah di Airmen’s Mess RAAF Darwin dan telah memilih Malaysia sebagai tetamu utama untuk berinteraksi. Timbalan Perdana Menteri Australia menyampaikan penghargaan beliau kepada Malaysia khususnya TUDM di atas penglibatan dan sokongan TUDM dalam Eksesais Pitch Black 22. Pada masa yang sama, Air Commander Australia, Air Vice Marshal Joe Lervasi juga menyatakan bahawa pihak RAAF telah merancang untuk membawa pesawat Generasi 5.0 ke Malaysia pada Eksesais Elangaroo 2022 yang akan berlangsung pada hujung tahun 2022 demi mengukuhkan lagi hubungan dua-hala yang telah sedia terjalin sekian lama.

TUDM mendapat manfaat yang amat bernilai apabila dapat berganding bahu dan berlatih bersama semua negara yang terlibat di dalam eksesais ini semasa melaksanakan misi-misi bersama untuk mencapai objektif yang ditentukan. Selain dari misi harian, hubungan ‘military diplomacy’ bersama 17 negara yang terlibat juga merupakan platform yang amat penting demi mengukuhkan hubungan serantau yang baik. Pada hari Jumaat, kontinjen TUDM menyertai detasmen Indonesia di surau yang dibina khas dalam Pangkalan Udara RAAF Darwin untuk melaksanakan Solat Jumaat.

Selain itu, kontinjen TUDM turut mengambil peluang beramah mesra bersama rakyat Malaysia yang berada di Darwin dengan menyertai “Merdeka Dinner” yang diadakan oleh Komuniti Malaysia di Darwin. Mejar Heal Mizan TUDM telah mendapat gelaran “Best Dress of the Night” pada malam Merdeka Dinner atas pakaian Batik “National Dress” yang dipakai oleh kontinjen TUDM pada malam tersebut. Komuniti Malaysia di Darwin turut dihiburkan dengan persembahan kontinjen TUDM dan inisiatif sedemikian telah mengeratkan hubungan TUDM dengan penduduk dan komuniti setempat di merata dunia.

Pihak penganjur Eksesais Pitch Black 22 juga mengadakan terbang lintas pesawat (Flypast) di pantai bandar Darwin untuk tontonan penduduk-penduduk Darwin dan juga Hari Terbuka supaya rakyat dapat berinteraksi dengan lebih dekat dan memahami tugas-tugas para peserta negara-negara yang terlibat dalam eksesais berprestij dan secara besar-besaran ini.

• Photo credits to RAAF, Mr. Christopher Chai and Mr. Ow Eng Tiong

Profesinalisme

SentiasaDiAngkasaRaya

EksesaisPitchBlack22

Top
%d bloggers like this: