You are here
Home > MY ATM > 89th MAF Day Parade

89th MAF Day Parade

KUANTAN, 26 September 2022 – Commander of the Joint Forces, Lt. Gen. Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad RMAF attended the 89th Malaysian Armed Forces Day Parade which was officiated by the Chief of Defence Force, Gen. Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF held at Kuantan Air Base.

A total of 1,887 officers and members of the MAF were involved in making the MAF Day Parade a success with a static concept from the combination of the three MAF services, namely the Army, Navy and Air Force. The Combat Parade involved 796 officers and members while the demonstration segment involved a total of 673 officers and members.

This year’s parade also saw the awarding of National Sovereignty Medals given to MAF personnel in recognition of their services and role in OPERATION DAULAT when fighting armed invaders in Sabah who called themselves the Sulu Army.

In addition, the presentation of the Chief of Defence Force’s Readiness Award was also given to the best teams in Malaysian Army, Navy and Air Force in addition to the presentation of the CDF’s Certificate of Commendation to civil servants serving under the MAF and the MAF Innovation Award.

#BerjuangBersama


PERBARISAN HARI ATM KE-89

KUANTAN, 26 September 2022 – Panglima Angkatan Bersama, Lt. Jen. Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM telah menghadiri Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-89 yang telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM yang diadakan di Pangkalan Udara Kuantan.

Seramai 1,887 orang pegawai dan anggota ATM terlibat dalam menjayakan Perbarisan Hari ATM yang berkonsepkan statik dari gabungan ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara. Bagi Perbarisan Tempur melibatkan 796 pegawai dan anggota manakala segmen demonstrasi pula melibatkan seramai 673 pegawai dan anggota.

Perbarisan pada tahun ini juga turut menyaksikan Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara yang diberikan kepada warga ATM bagi menghargai jasa dan peranan mereka dalam OPERASI DAULAT ketika membanteras penceroboh bersenjata di Sabah yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Sultan Sulu.

Di samping itu, penyampaian Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera turut diberikan kepada pasukan terbaik dalam TDM, TLDM dan TUDM di samping Penyampaian Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera (PAT) kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah ATM dan Anugerah Inovasi ATM.

Top
%d bloggers like this: