You are here
Home > Human Capital > Opening Ceremony of Pre-MPAT and KPSM Courses 2022

Opening Ceremony of Pre-MPAT and KPSM Courses 2022

SELANGOR, 3 October 2022 – The Deputy Chief of Army (Dy COA), Lieutenant General Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman has officiated the Pre-Opening Ceremony of the Master’s in Social Science (Defence Studies), the Malaysian Armed Forces Defence College (MPAT) and the Malaysian Command and Staff Course (KPSM) at the Multipurpose Hall of the 31st Royal Artillery Regiment (31 RAR), Camp Tun Ibrahim, Kajang today.

The courses involving 32 Senior Officers for the Pre-MPAT Course and 90 officers for the Pre-KPSM Course were conducted to prepare all candidates for the actual course later. This is to ensure that all prospective officers of the Malaysian Army (TDM) are prepared in all aspects and able to compete with candidates not only from other services and agencies, but also able to compete with candidates from abroad.

All members of the Malaysian Army wish Selamat Maju Jaya to all candidates for Pre MPAT and KPSM Courses and may success always accompany the journey of all candidates.

Also present were the Commander of the Army’s Western Field Command (PMBTD), Lieutenant General Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Assistant Chief of Intelligence Staff, Major General Datuk Hamzah bin Haji Ali and Senior Army Officers.


MAJLIS PEMBUKAAN PRA KURSUS MPAT DAN KURSUS KPSM TAHUN 2022

SELANGOR, 3 Oktober 2022 – Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Pra Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) di Dewan Serbaguna Rejimen Ke-31 Artileri Diraja (31 RAD), Kem Tun Ibrahim, Kajang hari ini.

Kursus yang melibatkan seramai 32 Pegawai Kanan bagi Kursus Pra MPAT dan 90 pegawai bagi Kursus Pra KPSM ini dilaksanakan bagi mempersiapkan semua calon bagi menghadapi kursus sebenar kelak. Ini bagi memastikan semua calon pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) bersedia dari segi semua aspek dan mampu bersaing dengan calon-calon bukan sahaja dari perkhidmatan serta agensi lain, malah mampu memberikan saingan kepada calon penuntut dari luar negara.

Seluruh warga Tentera Darat Malaysia mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon Kursus Pra MPAT dan KPSM dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan kesemua calon.

Turut hadir adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mejar Jeneral Datuk Hamzah bin Haji Ali dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

Sesungguhnya, pelaksanaan kursus seumpama ini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menumpukan kepada pengukuhan profesionalisme dan pembangunan kerjaya dalam kalangan pegawai TDM.

Top
%d bloggers like this: