You are here
Home > Ops & Training > CDF Witness PASKAL Demonstration during Exercise KERISMAS 27/2022

CDF Witness PASKAL Demonstration during Exercise KERISMAS 27/2022

Kota Kinabalu, 13 October 2022 – Today at of Royal Malaysian Navy (RMN) Station LIMA, the Chief of Defence Force, General Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang RMAF accompanied by the Chief of Navy, Admiral Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany as well as the leadership of the Admiral Committee (JLAKS) of the RMN witnessed the capability and competency training involving the Naval Special Forces (PASKAL).

The elite team demonstrated their dexterity in an infiltration mission which also demonstrated their efficiency in ensuring that the given mission achieved the set objectives. This demonstration is held in conjunction with Exercise KERISMAS 27/2022 which was carried out at the RMN Kota Kinabalu Base (PTKK) and the waters in the South China Sea from 3 to 23 October 2022.

The CDF was also briefed on training involving the integration of Naval Gunfire Support (NGS) and Air Defence Exercise (ADEX).

In conjunction with the presence of the CDF in the Ex KERISMAS area, a Shooting Master was held at the RMN Base Shooting Complex in Kota Kinabalu.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama


𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠: 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗦𝗔𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗥𝗜𝗦𝗠𝗔𝗦 𝟮𝟳/𝟮𝟬𝟮𝟮

Kota Kinabalu, 13 Oktober 2022 – Hari ini bertempat di Stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany serta barisan kepimpinan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) TLDM telah menyaksikan latihan keupayaan dan kompetensi melibatkan Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Pasukan elit berkenaan telah mempamerkan ketangkasan mereka dalam suatu misi penyusupan yang turut memperlihatkan kecekapan mereka dalam memastikan misi yang diberi mencapai objektif yang ditetapkan. Latihan ini adalah bersempena dengan Eksesais KERISMAS 27/2022 (Eks KERISMAS 27/2022) yang dilaksanakan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) serta perairan Laut China Selatan dari 3 hingga 23 Oktober 2022.

Panglima Angkatan Tentera turut ditaklimatkan dengan latihan melibatkan penyatuan Naval Gunfire Support (NGS) dan Air Defence Exercise (ADEX).

Sempena kehadiran Panglima Angkatan Tentera di kawasan Eks KERISMAS ini juga turut dilaksanakan adalah Shooting Master yang diadakan di Kompleks Menembak Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Top
%d bloggers like this: