You are here
Home > MY ATM > Media Release 1 January 2023: WESTERN FLEET OPEN DAY 2022 STRENGTHENED RELATIONSHIP OF THE ROYAL MALAYSIAN NAVY AND PUBLIC

Media Release 1 January 2023: WESTERN FLEET OPEN DAY 2022 STRENGTHENED RELATIONSHIP OF THE ROYAL MALAYSIAN NAVY AND PUBLIC

  1. The Western Fleet Command Headquarters at RMN Lumut Base has successfully completed the 2022 Fleet Open Day (HTA 2022) from 29 to 31 December 2022. The event, which is traditionally organized in conjunction with the RMN Anniversary on April 27 every year, has been celebrated with great enthusiasm after not being able to be held for three consecutive years due to the ravaging COVID-19 Pandemic.
  2. With the theme “RMN Ready to Preserve Sovereignty – Sovereignty, Shared Responsibility “, the objective of organizing HTA 2022 as an instrument to strengthen RMN’s relationship with the community was successfully achieved in addition to promoting the role of the national maritime agency as well as RMN and the Western Fleet in particular in protecting the sovereignty, territorial integrity and maritime interests of the country.
  3. Visitors also have the opportunity to visit RMN warships and witness various demonstrations involving RMN assets including demonstrations with friendly agencies such as the Royal Malaysian Air Force, the Malaysian Maritime Enforcement Agency and the Marine Police Force. The three agencies were also involved with a static exhibition together with other security agencies such as the Malaysian Army, Royal Malaysian Police, Fire Department, Customs and Immigration. Also making this event a success are exhibitions from other government agencies such as the Government Anti-Drug Agency, Prison Department, Ministry of Health Malaysia, Perak Water Board, Perak Handicrafts Development Corporation and Manjung Municipal Council. The exhibition also involved financial institutions such as Bank Rakyat, Bank Islam, Affin Bank, CIMB and Bank Muamalat as well as corporate bodies such as PERNAMA, Koperasi Tentera, Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak, educational institutions such as UniKL (MIMET) and Universiti Teknologi Petronas as well as companies- private companies from the real estate, telecommunications and automobile sectors.
  4. HTA 2022 also recorded its own history when the Awarding Ceremony of Honorary Aviation Wing Badge and PASKAL Honorary Beret to the Royal Navy Commander was also performed and shown live to visitors. This award is in commemoration of the services of Admiral Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany in empowering the RMN Air Branch and also PASKAL throughout his reign.
  5. HTA 2022 which was inaugurated by the Chief of Navy, His Highness Admiral Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany managed to record a total of 91,574 visitors. RMN expresses its infinite gratitude to all visitors as well as government agencies, corporate bodies and private companies that have been involved either during demonstrations or exhibitions throughout HTA 2022 for their support in making the celebration a success and enlivening this time.

Siaran Media 1 Januari 2023: HARI TERBUKA ARMADA BARAT 2022 PERKASA HUBUNGAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) DAN MASYARAKAT AWAM

  1. Markas Pemerintahan Armada Barat di Pangkalan TLDM Lumut telah selesai melaksanakan Hari Terbuka Armada 2022 (HTA 2022) dari 29 hingga 31 Disember 2022 dengan jayanya. Acara yang secara tradisinya dianjurkan bersempena dengan Hari Ulang Tahun TLDM pada 27 April setiap tahun, telah disambut dengan meriah setelah tidak dapat dilaksanakan selama tiga tahun berturut-turut berikutan Pandemik COVID-19 yang melanda.
  2. Bertemakan “TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara – Kedaulatan Tanggungjawab Bersama”, objektif penganjuran HTA 2022 sebagai instrumen mengeratkan hubungan TLDM dengan masyarakat berjaya dicapai selain mempromosikan peranan agensi maritim negara serta TLDM dan Armada Barat khususnya dalam melindungi kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan maritim negara.
  3. Pengunjung turut berpeluang untuk melawat kapal-kapal perang TLDM serta menyaksikan pelbagai demonstrasi melibatkan aset TLDM termasuklah demonstrasi bersama agensi-agensi sahabat iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin. Ketiga-tiga agensi tersebut turut terlibat dengan pameran statik bersama-sama agensi keselamatan yang lain seperti Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan BOMBA, Kastam dan Imigresen. Turut menjayakan acara ini adalah pameran daripada agensi kerajaan yang lain seperti Agensi Anti Dadah Kerajaan, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Air Perak, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Perak dan Majlis Perbandaran Manjung. Pameran turut melibatkan institusi kewangan seperti Bank Rakyat, Bank Islam, Affin Bank, CIMB dan Bank Muamalat serta badan-badan korporat seperti PERNAMA, Koperasi Tentera, Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak, institusi pendidikan seperti UniKL (MIMET) dan Universiti Teknologi Petronas serta syarikat-syarikat swasta dari sektor hartanah, telekomunikasi dan automobil.
  4. HTA 2022 juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila Upacara Penganugerahan Lencana Sayap Penerbangan Kehormat dan Beret Kehormat PASKAL kepada Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut turut dilaksanakan dan ditayangkan secara langsung kepada pengunjung. Penganugerahan ini sempena mengenang jasa Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany memperkasakan Cawangan Udara TLDM dan juga PASKAL sepanjang pemerintahan beliau.
  5. HTA 2022 yang telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany berjaya mencatatkan seramai 91,574 pengunjung. TLDM merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung serta agensi kerajaan, badan korporat dan syarikat swasta yang telah terlibat sama ada sewaktu demonstrasi atau pameran sepanjang HTA 2022 di atas sokongan dalam menjayakan serta memeriahkan sambutan pada kali ini.
Top
%d bloggers like this: