KUALA LUMPUR – 3 Officers and 57 Other Rank Members led by Lieutenant Colonel Mohammad Asri bin Che Will from 41 Battery of the Royal Artillery Regiment (Ceremonial) based at Sungai Buloh Camp, Selangor have carried out 21 rounds of Honorary Artillery Fire at Helipad grounds, Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
This Artillery Fire of Honor was carried out for the Presentation Ceremony and Awarding of Federal Degrees, Stars and Medals in conjunction with the Official Birthday Celebration of His Majesty the Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah on 5 June 2023.
The first part of the 21 Artillery Honor Gun started when the Royal Honor was given by the Main Guard of Honor to the King accompanied by the National Song played by the Royal Armor Corps Central Band. Whereas, the 21st is when Tuanku examines the last member of KKU.
The cannon used for this shot is a 105mm M102 cannon. The Artillery Group was led by Capt. Ahmad Mubassyir Che Lah@Abdul Aziz as the Artillery Site Officer assisted by the Troop Sergeant Major, Pw II Mohd Rozlan Daud. Meanwhile, Fire Control is fully controlled by the Observer Fire Group led by Capt. Zulkiflee bin Maxtar.
Prepared by : Bdr Ali Azman Mohd Hassan.
Photo Source Provided By : Bernama Tv and Bdr Redzuan Alias.
TEMBAKAN KEHORMATAN ARTILERI BAGI ISTIADAT MENGHADAP DAN PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, AL SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH TAHUN 2023
KUALA LUMPUR – 3 Pegawai dan 57 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Asri bin Che Will dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) berpengkalan di Kem Sungai Buloh, Selangor telah melaksanakan Tembakan Kehormatan Artileri sebanyak 21 das di perkarangan Helipad, Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Tembakan Kehormatan Artileri ini dilaksanakan bagi Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 5 Jun 2023.
Butir pertama Tembakan Kehormatan Artileri sebanyak 21 das ini dimulakan ketika Hormat Diraja diberikan oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU) kepada Tuanku sambil diiringi Lagu Negaraku yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja. Manakala, butir ke 21 adalah semasa Tuanku memeriksa anggota terakhir KKU.
Meriam yang digunakan bagi tembakan ini adalah meriam jenis 105mm M102. Kumpulan Meriam diketuai oleh Kapt Ahmad Mubassyir Che Lah@Abdul Aziz selaku Pegawai Tapak Meriam dengan dibantu oleh Trup Sarjan Mejar iaitu Pw II Mohd Rozlan Daud. Manakala, Kawalan Tembakan pula dikawal sepenuhnya oleh Kumpulan Tembakan Pemerhati yang diketuai oleh Kapt Zulkiflee bin Maxtar.
Disediakan Oleh : Bdr Ali Azman Mohd Hassan.
Sumber Gambar Disediakan Oleh : Bernama Tv dan Bdr Redzuan Alias.