You are here
Home > Ops & Training > AIRTHAMAL FTX HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER AND SAR MISSIONS

AIRTHAMAL FTX HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER AND SAR MISSIONS

Butterworth, 22 June 23 – The AIRTHAMAL exercise today was carried out by highlighting the concept of Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Mission, which is preparatory training, actions during and after a natural disaster and Search and Rescue (SAR) training in the event of an air accident or incident during operation.

The training involves two (2) different phases which are the land training phase and the sea training phase involving EC 725 AP helicopter assets belonging to the RTAF, EC 725 AP belonging to the RMAF from No 10 Squadron and AW 139 from No 3 Squadron as well as rescue boats from the RMAF Special Forces (PASKAU). The RMAF SAR team also carried out a night-time operation demonstration.

This exercise is to achieve the objective of strengthening the cooperative relationship between the RMAF and the RTAF in implementing HADR and SAR; sharing knowledge through experience, also sharing ideas and expertise between the two air forces. This tactical exercise is also based on scenarios such as earthquakes or tsunamis as well as sharing experiences during flood disasters that hit Malaysia and Thailand.

Hopefully the training conducted can further increase cooperation and preparedness between the two countries including in ensuring the stability and security of regional countries.


LATIHAN MEDAN EKSESAIS AIRTHAMAL KETENGAHKAN KONSEP MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA SERTA SAR

Butterworth, 22 Jun 23 – Eksesais AIRTHAMAL pada hari ini dilaksanakan dengan mengetengahkan konsep latihan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) atau Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana iaitu latihan persediaan, tindakan semasa dan selepas sekiranya berlaku sesuatu bencana alam serta latihan Search and Rescue (SAR) atau latihan mencari dan menyelamat mangsa sekiranya berlaku kemalangan udara mahupun insiden semasa beroperasi.

Latihan melibatkan dua (2) fasa yang berbeza iaitu fasa latihan darat dan di laut melibatkan aset helikopter EC 725 AP milik RTAF, EC 725 AP milik TUDM dari No 10 Skuadron dan AW 139 dari No 3 Skuadron serta bot penyelamat dari Pasukan Khas TUDM (PASKAU). Pasukan SAR TUDM juga melaksanakan demontrasi pengoperasian ketika waktu malam.

Latihan kali ini bagi mencapai objektif iaitu dalam memperkasakan hubungan kerjasama di antara TUDM dan RTAF di dalam melaksanakan HADR dan SAR; perkongsian pengetahuan melalui pengalaman,juga perkongsian idea serta kepakaran di antara dua angkatan udara. Latihan taktikal ini juga berdasarkan senario seperti gempa bumi atau tsunami serta perkongsian pengalaman semasa bencana banjir yang melanda negara Malaysia mahupun Thailand.

Semoga latihan yang dijalankan dapat meningkatkan lagi kerjasama dan kesiapsiagaan di antara kedua-dua negara termasuk dalam memastikan kestabilan dan keamanan negara serantau.

Top
%d bloggers like this: