You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysia’s Military Intelligence Witnesses Change as Lieutenant General Dato’ Mohd Razali Alias Assumes Leadership of MDIO

Malaysia’s Military Intelligence Witnesses Change as Lieutenant General Dato’ Mohd Razali Alias Assumes Leadership of MDIO

KUALA LUMPUR, December 1, 2023 – The Chief of the Armed Forces, General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman, attended the Handover Parade for the Director-General of Defence Intelligence (DGDI) held at the MDIO Parade Ground today.

The Handover Parade witnessed the exchange of the DGDI responsibilities between Lieutenant General Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (Outgoing) and Lieutenant General Dato’ Mohd Razali bin Alias (Incoming).

Earlier, the DGDI handover event began with a parade comprising 12 officers and 105 members of various ranks led by Lt Col Geospecialist Mohamad Wasli bin Musa from the Geoint Branch. The parade was accompanied by the Royal Signals Regiment Brass Band led by Captain Nurul Fatin Hajar binti Ismadi and assisted by Drum Major SSjn Farziana binti Adam.

Lieutenant General Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, the outgoing 17th DGDI, then took the salute before inspecting the parade involving 2 Detachments from among the MDIO members.

The event continued with the signing ceremony of the DGDI handover document between the two officers and was witnessed by the Chief of the Armed Forces before concluding with a lunch and a street-lining event as a symbolic tribute by MDIO members, especially to the outgoing 17th DGDI.

The entire Malaysian Armed Forces express their highest appreciation to Lieutenant General Datuk Ahmad Norihan bin Jalal for his contributions and dedicated service to the armed forces.

Congratulations are also extended to Lieutenant General Dato’ Razali bin Alias on his appointment as the 18th Director-General of Defence Intelligence.


𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠: 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗙𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗟𝗟𝗜𝗚𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 (𝗠𝗗𝗜𝗢) 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2023 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman telah hadir ke Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) yang diadakan di Padang Kawad MDIO, hari ini.

Perbarisan Serah Terima Tugas ini menyaksikan pertukaran Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan di antara Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (Penyerah) dan Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Razali bin Alias (Penerima).

Terdahulu, serah terima tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan telah dimulakan dengan acara perbarisan yang berkekuatan seramai 12 pegawai dan 105 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Lt Kol Geospecialist Mohamad Wasli bin Musa, dari Cawangan Geoint. Perbarisan ini telah diiringi oleh Brassband Wanita Rejimen Semboyan Diraja yang dipimpin oleh Kapt Nurul Fatin Hajar binti Ismadi dan dibantu oleh Drum Major Ssjn Farziana binti Adam.

Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ke-17 seterusnya telah mengambil tabik hormat sebelum membuat pemeriksaan barisan yang melibatkan 2 Detasmen dari kalangan warga MDIO.

Acara diteruskan dengan majlis menandatangani dokumen serah terima tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan di antara kedua-dua pegawai tersebut dan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera sebelum majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari dan acara street lining sebagai simbolik penghargaan oleh warga MDIO khasnya kepada mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang ke-17.

Seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan ATM amnya. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Leftenan Jeneral Dato’ Razali bin Alias di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang ke-18.

KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

ATMSentiasaBersepadu

Top
%d bloggers like this: