You are here
Home > Defence Relations > Closure of Exercise MANTIS Series 10/2024 at Camp Terendak, Melaka

Closure of Exercise MANTIS Series 10/2024 at Camp Terendak, Melaka

Melaka, March 7, 2024 – The closing parade of Exercise MANTIS Series 10/2024 was successfully conducted at Parawood Square, 8th Battalion Royal Ranger Regiment (8 RRD), Kem Terendak, Melaka. The ceremony was attended by the High Commissioner of Canada in Malaysia, TYT Wayne Robson.

Lieutenant General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Deputy Army Chief (TPTD), led the parade involving 6 officers and 51 Other Ranks. This event marked the conclusion of the Dynamic Demonstration, the launch of the book “A Decade of Ex Mantis,” static displays, and the opening of the TOHA for MANTIS Exercise Series 10/2024 participants.

The exercise, which ran from January 15, 2024, to March 7, 2024, involved Army units such as the 21st Special Service Group (21 GGK), 12th CBRNe Defense Regiment (CBRNe), 91st CBRNe Support Regiment, and medical teams from the Malaysian Armed Forces (MAF), including 2 Medical Battalions and 21 GGK Medical Squadron. Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM) also participated.

The final phase took place at two different locations, namely the Engineering and Technology Excellence Center of JKR and KTM Pulau Sebang, Melaka, with scenarios varying according to chemical, biological, and radiological threat situations. The closing operational demonstration focused on countering terrorism in a CBRNe environment, showcasing assault teams seizing objective areas to prevent the enemy from processing and releasing nerve agent chemicals using IEDs.

Dignitaries present included the Deputy Director-General of the Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism, Ambassador Zamani bin Ismail, Senior Director of the Defence Science and Technology Research Institute, Mr. Wan Mustafa bin Wan Hanafi, Commander of the Third Infantry Division of the Malaysian Army (3 DIV), Major General Datuk Zahari bin Mohd Ariffin, and other invited guests.

#MalaysianArmy #GagahSetia #MilitaryExercise


𝑷𝒆𝒏𝒖𝒕𝒖𝒑 π‘¬π’Œπ’”π’†π’”π’‚π’Šπ’” π‘΄π’‚π’π’•π’Šπ’” π‘Ίπ’Šπ’“π’Š 10/2024 π‘΄π’†π’π’Šπ’ƒπ’‚π’•π’Œπ’‚π’ 𝑻𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒂 𝑫𝒂𝒓𝒂𝒕 π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚ 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒂𝒏𝒂𝒅𝒂….

Closing ceremony of Exercise MANTIS 10/2024
Closing ceremony of Exercise MANTIS 10/2024

Perbarisan Penutup Eksesais Mantis Siri 10/2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, di Dataran Parawood, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD), Kem Terendak, Melaka, hari ini, dengan penglibatan bersama Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, TYT Wayne Robson.

Perbarisan diketuai oleh Leftenan Kolonel Norazmi bin Yaa’cob dan disertai oleh 6 Pegawai dan 51 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Berlangsung semasa majlis penutup Demonstrasi Dinamik, pelancaran buku ” A Decade of Ex Mantis”, pameran statik sebelum perbarisan penutup Eksesais. Sebagai tanda penutup, diteruskan dengan acara pembukaan TOHA peserta Eksesais Mantis Siri 10/2024.

Eksesais ini telah bermula pada 15 Januari 2024 sehingga 7 Mac 2024, melibatkan Trup Tentera Darat (TD) seperti 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), 12 Skn RAJD (CBRNe), 91 Rej Bantuan RAJD dan pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada 2 Bn Ubat serta 21 Skn Medik GGK dan juga penyertaan dari Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM). Fasa akhir latihan telah dilaksanakan di dua buah lokasi yang berbeza iaitu di Pusat Kecermelangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR dan KTM Pulau Sebang, Melaka yang mana ia memberikan senario yang berbeza mengikut situasi ancaman kimia, biologi dan radiasi.

Manakala bagi penutup eksesais, senario adalah berkonsepkan demonstrasi operasi melawan keganasan dalam persekitarsn CBRNe. Pelaksanaan demonstrasi operasi dimana pasukan penggempur akan menawan kawasan objektif bagi menafikan cubaan pihak musuh untuk memproses dan melepaskan agen kimia jenis saraf menggunakan IED.

Hadir bersama menyempurnakan acara adalah Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan, Yang Berbahagia Ambassador Zamani bin Ismail, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, Yang Berbahagia Encik Wan Mustafa bin Wan Hanafi, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 DIV), Mejar Jeneral Datuk Zahari bin Mohd Ariffin, Ketua Pengarah Operasi Dan Latihan Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Isa bin Daud, Ketua Jurutera, Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin bin Mohd Noh, Komander Jurutera Medan Barat selaku Pengarah Eksesais Mantis Siri 10/2024, Brigedier Jeneral Fazillah bin Ibrahim, Timbalan Panglima 10 Briged Para mewakili Panglima 10 Bgd Para, Kolonel Mohd Azral bin Manan serta Pegawai-Pegawai Kanan dan tetamu-tetamu jemputan.

TenteraDaratMalaysia

GagahSetia

Top
%d bloggers like this: