You are here
Home > Defence Relations > CDF Strengthens Bilateral Defence Ties During Official Visit to Singapore

CDF Strengthens Bilateral Defence Ties During Official Visit to Singapore

SINGAPORE, 28 May 2025Malaysian Armed Forces Chief of Defence Force (CDF), General (GEN) Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, carried out an official working visit to Singapore from 27 to 28 May 2025, in a bid to strengthen the long-standing bilateral defence cooperation between the Malaysian Armed Forces (ATM) and the Singapore Armed Forces (SAF).

As part of his visit, GEN Nizam called on Singapore’s Minister for Defence, Mr Chan Chun Sing, at the Ministry of Defence (MINDEF). He was also formally received with a Guard of Honour ceremony, after which he held a courtesy call with his counterpart, Chief of Defence Force Vice Admiral Aaron Beng.

During his visit, GEN Nizam also delivered a keynote speech at SAFTI Military Institute (SAFTI MI) as a Distinguished Guest Speaker under its Distinguished Speaker’s Series, sharing strategic insights and fostering defence leadership exchange between both nations.

These engagements highlight the deep-rooted defence relations between Malaysia and Singapore, with GEN Nizam’s visit symbolising mutual trust, ongoing cooperation, and regional solidarity in military affairs.

In their bilateral meeting, GEN Nizam and Vice Admiral Aaron Beng reaffirmed their commitment to expanding military ties through joint training programmes, officer exchange initiatives, and increased strategic dialogue. GEN Nizam also proposed the introduction of a cross-service leadership development programme targeting officers ranked Major and above. This initiative, hosted by Malaysia in its first edition, would include thematic discussions judged by the Chiefs of Defence from both countries.

Vice Admiral Aaron welcomed the initiative and also pledged Singapore’s support in submarine rescue operations, emphasising the significance of regional readiness and Malaysia’s role as a close maritime neighbour.

The visit also reflects GEN Nizam’s Fourth Pillar of Command Philosophy – strengthening defence diplomacy and military-to-military relations. It underscores ATM’s proactive efforts in expanding international cooperation, improving strategic communication, and fostering regional security frameworks.

The visit concluded with a plaque exchange ceremony between both defence leaders, symbolising the enduring friendship and close defence ties between the two nations.

Accompanying GEN Nizam were Deputy Chief of the Army, Lieutenant General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, and Malaysia’s Defence Adviser to Singapore, Colonel Rosidi bin Mat Saad.


𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗔 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗞𝗘 𝗦𝗜𝗡𝗚𝗔𝗣𝗨𝗥𝗔

SINGAPURA, 28 Mei 25 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar mengadakan lawatan kerja rasmi ke Singapura dengan mengadakan Kunjungan Hormat kepada rakan sejawat beliau iaitu Chief of Defence Forces, Singapore Armed Forces (SAF), Vice-Admiral Aaron Beng. Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan SAF yang sekian lama terjalin erat.

Dalam pertemuan tersebut, Jeneral Datuk Hj Nizam menzahirkan penghargaan atas kesudian menerima kunjungan beliau dan delegasi. Beliau turut menyatakan komitmen untuk meneruskan serta memperkemaskan latihan bilateral, program pertukaran kursus pegawai dan anggota. Selain itu, beliau turut mengusulkan agar diadakan program kasual/tidak rasmi berbentuk interaksi antara pegawai dari 3 cabang perkhidmatan dari kedua-dua negara berpangkat Mejar dan ke atas, yang membincangkan topik tertentu. Panel penilai semasa sesi pembentangan tersebut adalah PAT dari kedua-dua negara. Ia bertujuan bagi memberi pendedahan kepada generasi baru yang bakal menjadi penimpin di masa hadapan. Sebagai permulaan, Malaysia akan menjadi hos program tersebut pada tahun ini.

Vice Admiral Aaron pula mengalu-alukan kunjungan Jeneral Datuk Nizam dan delegasi. Beliau menekankan pentingnya keperluan untuk meningkatkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara. Beliau juga turut menyatakan kesediaan untuk membantu dalam operasi menyelamat kapal selam kepada mana-mana negara terutamanya Malaysia sebagai jiran yang paling hampir dengan Singapura. Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh persefahaman demi memastikan keselamatan dan kestabilan serantau terus terpelihara.

Selaras dengan Teras Falsafah Pemerintahan Keempat Panglima Angkatan Tentera, iaitu Memperkukuhkan Diplomasi Pertahanan dan Hubungan Ketenteraan, lawatan rasmi ini mencerminkan usaha ATM untuk terus memainkan peranan proaktif dalam mempererat kerjasama antarabangsa, meningkatkan komunikasi strategik dan membina jaringan keselamatan serantau yang mampan. Hubungan erat seperti ini bukan sahaja memperkukuh kredibiliti dan pengaruh ATM di pentas serantau, tetapi juga menyokong aspirasi memperkasa industri pertahanan negara dan memperkukuh kedaulatan serta kepentingan nasional.

Terdahulu, ketibaan rasmi PAT di Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) telah disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh pasukan SAF. Lawatan kerja ini turut diserikan dengan sesi pertukaran plak antara kedua-dua panglima sebagai simbolik persahabatan yang kukuh dan kerjasama erat yang telah lama terjalin.

Turut serta dalam sesi kunjungan hormat berkenaan adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Singapura, Kolonel Rosidi bin Mat Saad

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara

ATMSentiasaBersepadu

DutyHonourSacrifice

bilateralrelations

Top