You are here
Home > Ops & Training > LKT 2025 Showcases Malaysian Armed Forces’ Readiness and Combat Power at the Highest Level

LKT 2025 Showcases Malaysian Armed Forces’ Readiness and Combat Power at the Highest Level

GEMAS, 12 August 2025 – The thunder of artillery fire, the roar of fighter jets, and the manoeuvres of armoured vehicles and battle tanks set the stage for the grand finale of the Firepower Training Exercise (Latihan Kuasa Tembakan – LKT) 2025 at the Gemas Firing Range, demonstrating the Malaysian Armed Forces’ (MAF) combat capabilities and operational readiness.

The event was witnessed by Chief of Defence Force, General Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Deputy Defence Minister YB Adly bin Zahari, senior course participants from the Malaysian Command and Staff Course (KPSM) 54/2025 at the Armed Forces Staff College, and members of the MAF.

LKT, the MAF’s largest annual live-fire training exercise led by the Malaysian Army (TDM), serves as a platform to test and showcase the capabilities of the nation’s weapon systems and assets. In its 54th edition, the exercise involved around 2,500 personnel from the Army, Royal Malaysian Navy (TLDM), and Royal Malaysian Air Force (TUDM), symbolising the synergy of joint operations among all three services.

This year’s exercise marked a historic milestone with the Johor Military Force (JMF) joining the Direct Fire Support Base (DFSB) segment for the first time, strengthening the nation’s Total Defence concept. Highlights included a coordinated strike where 155mm G5 artillery marked targets with smoke rounds before TUDM F/A-18D Hornet and SU-30MKM fighter jets launched precision strikes on newly constructed targets for the exercise.

The FlyEye Unmanned Aerial System (UAS) drew attention with its real-time Target Acquisition and Battle Damage Assessment missions, proving the MAF’s ability to integrate modern technology into battlefield operations. The Chief of Defence Forces also tested the newly upgraded MIFV armoured fighting vehicle, now equipped with enhanced mobility and protection systems for greater battlefield survivability.

Spanning 12 days from 1 to 12 August, LKT 2025 sent a clear message: the MAF’s strength lies not only in its weaponry and assets, but also in the unity, sacrifice, and dedication of its personnel in safeguarding the nation.

Also present were Army Chief, General Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Air Force Chief, General Dato’ Sri Hj Muhammad Norazlan bin Aris RMAF, and Deputy Army Chief, Lieutenant General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.

Photo Credit: Chief of Defence Force Office


𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗟𝗞𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗔𝗧𝗠 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜

GEMAS, 12 Ogos 2025 – Dentuman meriam, deruman pesawat pejuang dan kelincahan kenderaan perisai serta kereta kebal mewarnai kemuncak Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 yang berlangsung di Lapang Sasar Gemas menyaksikan kekuatan tempur dan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipertontonkan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar dan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari serta para pegawai penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) siri 54/2025 daripada Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

LKT merupakan latihan tahunan terbesar diselaraskan Tentera Darat Malaysia (TDM), yang menjadi platform latihan keupayaan aset dan sistem persenjataan ATM. Mendepani edisi penganjuran ke-54 ini, kira-kira seramai 2,500 anggota daripada TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terlibat bagi menjayakan siri latihan pada tahun ini sekali gus melambangkan kesepaduan operasi bersama melibatkan ketiga-tiga cabang Perkhidmatan.

Buat julung kalinya, LKT 2025 menyaksikan penglibatan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dalam segmen Direct Fire Support Base (DFSB) yang merakamkan sejarah baharu dalam usaha memperkukuh konsep pertahanan menyeluruh atau Total Defence. Antara persembahan yang mencuri tumpuan adalah koordinasi tembakan meriam 155mm G5 yang menandakan sasaran dengan peluru asap sebelum disusuli serangan udara oleh pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan SU-30MKM TUDM ke atas sasaran baharu yang dibina khusus untuk latihan kali ini.

Penggunaan Unmanned Aerial System (UAS) FlyEye turut menjadi sorotan apabila ia melaksanakan misi Target Acquisition dan Battle Damage Assessment secara masa nyata membuktikan keupayaan ATM mengintegrasikan teknologi moden dalam operasi medan pertempuran. Panglima Angkatan Tentera turut berkesempatan mencuba kenderaan perisai MIFV yang baru dinaik taraf, yang kini dilengkapi sistem mobiliti dan perlindungan yang dipertingkatkan bagi meningkatkan keberkesanan di medan operasi.

LKT 2025 berlangsung selama 12 hari bermula 1 Ogos dan berakhir hari ini, membawa mesej jelas bahawa kekuatan ATM bukan sahaja terletak pada aset dan senjata, tetapi pada semangat, pengorbanan dan perpaduan warganya dalam melindungi dan mempertahankan tanah air tercinta.

Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan ; Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj Muhammad Norazlan bin Aris TUDM ; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.

Kredit Gambar : Pejabat PAT

AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara

PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

ATMSentiasaBersepadu

DutyHonourSacrifice

Top