You are here
Home > Ops & Training > Donning of Maroon Beret and Airborne Wing for RDF

Donning of Maroon Beret and Airborne Wing for RDF

MELAKA: Closing Ceremony of Basic Rapid Deployment Force (RDF) Course Series 3/2019 was officiated by Commander 10 Bde (Para) BG Haji Semaon Hajj Marjuki at the Army Officers’ Recreational (AORC) Square, Terendak Camp on Dec 20, 2019.

The five-week course tested the students’ mental and physical endurance with a variety of challenging exercises and tests aimed at producing officers and personnel capable of carrying out the mission of the Rapid Deployment Force (RDF) in line with its formation as an Army Elite Unit.

The closing ceremony, which was also attended by the families of the students, began with the opening gimmick, a demonstration of raids by land and sea to destroy important enemy installations, the donning of berets and the surrender of Pegasus flags to the 9 RAR (Para) forces.

The best student award was awarded to Capt. Mohd Hafiz Mohd Shah of HQ 10 Bde (Para), while the endurance award was awarded to Pte. Nik Mohamad Khoidi Mat Salleh of 17 RMR (Para) and the best physical award was awarded to Pte. Mohd Nor Azam Mohd Marjan from 17 RMR (Para).

Commander 10 Bde (Para) in his speech, congratulated and students for having successfully completed every test and training to the end.

In addition, he hopes that this course will give rise to a generation of strategic leaders who are capable of performing well and inheriting a legacy of excellence in 10 Bde (Para).


Pemakaian Beret Merun Dan Sayap Berdarah

MELAKA: Upacara Penutup Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Siri 3/2019 disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Haji Semaon Haji Marjuki di Dataran Army Officers’ Recreational (AORC), Kem Terendak pada 20 Dis 2019.

Kursus yang dilaksanakan selama lima minggu ini telah menguji ketahanan mental dan fizikal penuntut dengan pelbagai latihan dan ujian yang mencabar bertujuan untuk melahirkan pegawai dan anggota yang mampu menggalas misi Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) selaras dengan penubuhannya sebagai sebuah Ketumbukan Elit Tentera Darat (TD).

Upacara penutup yang turut dihadiri oleh keluarga penuntut ini dimulakan dengan gimik pembukaan iaitu demonstrasi serbuan melalui darat dan laut bagi memusnahkan instalasi penting musuh, pemakaian beret dan penyerahan bendera Pegasus kepada pasukan 9 RAMD (Para).

Anugerah penuntut terbaik disandang oleh Kapt Mohd Hafiz Mohd Shah dari MK 10 Bgd (Para), manakala anugerah ketabahan disandang oleh Pbt Nik Mohamad Khoidi Mat Salleh dari 17 RAMD (Para) dan anugerah jasmani terbaik disandang oleh Pbt Mohd Nor Azam Mohd Marjan juga dari 17 RAMD (Para).

Panglima 10 Bgd (Para) dalam ucapannya, mengucapkan tahniah dan syabas kepada penuntut yang berjaya mengharungi setiap ujian dan latihan sehingga tamat.

Selain itu, Panglima juga berharap agar kursus ini dapat melahirkan generasi ketumbukan strategik yang mampu menjalankan tugas dengan baik serta mewarisi legasi kecemerlangan 10 Bgd (Para).

Turut dihadiri Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan serta Pegawai Staf MK 10 Bgd (Para).

Oleh: Lt Mohd Nafiq Afifi Jumaan
Gambar: Sel Risik Pasukan

Top