The officiating ceremony got Ex AIR THAMAL (THAiland-MALaysia) 29/2019 took place on 10 Jul 2019 at Mini Auditorium ACMI Building, Wing 41 Air Base, Chiang Mai, Thailand.
This is the 40th year of cooperation between the Royal Malaysian Air Force and the Royal Thailand Air Force
This year’s exercise is a Command Post Exercise (CPX) focusing on planning and the conduct of combined operations.
The exercise will run from 8 to 19 Jul 2019.
MAJLIS PERASMIAN EKSESAIS AIR THAMAL SIRI 29/2019
CHIANG MAI, 10 Julai 2019 – Majlis Perasmian Eksesais AIR THAMAL Siri 29/2019 telah dilaksanakan di Mini Auditorium ACMI Building, Wing 41 Air Base, Chiang Mai, Thailand. Majlis tersebut disempurnakan oleh RTAF Co Exercise Director (Pengarah Eksesais Bersama RTAF), Group Captain Seksun Chaiyamart dengan disaksikan Pengarah Eksesais Bersama TUDM, Kolonel Yusri bin Jamari TUDM.
Edisi kali ini menyaksikan TUDM diwakili oleh 29 orang pegawai dan 13 anggota LLP. TUDM dan RTAF turut menyambut ulang tahun ke 40 kerjasama yang menjadi manifestasi kepada hubungan akrab kedua-dua buah angkatan udara.
Eksesais pada tahun ini adalah berkonsepkan Command Post Exercise (CPX) yang akan memberikan penekanan kepada latihan perancangan dan pelaksanaan combined operations (latihan operasi bersama).
Di dalam ucapannya, Group Captain Seksun Chaiyamart menyampaikan hasrat pihak tertinggi dari kedua-dua tentera udara agar eksesais ini mampu mencapai matlamat kebolehupayaan latihan bersama disamping dapat mengeratkan tali silaturrahim dan esprit de corp (semangat kerjsama berpasukan).
Eksesais kali ke-29 ini bermula 8 Julai dan akan berakhir pada 19 Julai 2019.