You are here
Home > Ops & Training > Royal Malaysian Air Force Conducts Successful Air Mobility Tactical Operation Exercise (AMTOP)

Royal Malaysian Air Force Conducts Successful Air Mobility Tactical Operation Exercise (AMTOP)

Kuantan, March 7, 2024 – The Royal Malaysian Air Force (RMAF) executed a comprehensive joint exercise, integrating forces from the Malaysian Army (MA) and the Royal Malaysian Navy (RMN) in the Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Series 1/24. Successfully coordinated by Air Region 1 Headquarters (MAWILUD 1), the exercise covered various training areas around Kuantan, Gong Kedak, and Terendak.

AMTOP Series 1/24 featured a range of exercises, including Air Drop, Roll Duck, Deck Landing Training, Tactical Air Landing Operation, and Military Free Fall. These exercises aimed to assess and enhance the proficiency of all participating elements, improving the capabilities and effectiveness of the Armed Forces (Land, Sea, and Air) in executing operational tasks or tactical exercises.

The exercise also focused on testing the effectiveness of existing and modern equipment, ensuring adaptability to current operations and updating existing procedures.

Running from February 27 to March 7, 2024, the exercise successfully demonstrated the readiness of RMAF’s air defense assets, especially transport aircraft (C130H, A400M, and CN235) and helicopters (EC725AP and AW139). The exercise showcased the collaborative capabilities of the Malaysian Army, Navy, and special forces elements from the Special Service Group (GGK), Elite Forces of the 10th Brigade (Para), and the RMAF Special Forces (PASKAU).


𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐓𝐎𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐉𝐈 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐓𝐔𝐃𝐌

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan latihan bersepadu menggabungkan pasukan dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam latihan Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/24. Latihan ini telah dikoordinasi dengan jayanya oleh Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) melibatkan beberapa kawasan operasi latihan di sekitar Kuantan, Gong Kedak, dan Terendak.

AMTOP Siri 1/24 tahun ini telah melaksanakan pelbagai bentuk latihan seperti “Air Drop”, “Roll Duck”, “Deck Landing Training”, “Tactical Air Landing Operation” dan “Military Free Fall”. Kesemua latihan yang dilaksanakan adalah untuk menguji dan menentukan tahap kecekapan semua elemen yang terlibat dan seterusnya untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan anak kapal dan pasukan khas ATM (Darat, Laut dan Udara) di dalam melaksanakan tugas operasi atau latihan secara taktikal di samping kebolehoperasian (interoperability) dan keberkesanan penugasan bersama antara perkhidmatan dalam ATM.

Selain daripada itu, latihan ini juga untuk menguji keberkesanan peralatan yang sedia ada dan terkini agak dapat disesuaikan dengan operasi semasa serta mengemaskini prosedur sedia ada.

Latihan yang dilaksanakan bermula pada 27 Feb hingga 7 Mac 24 ini telah berjaya membuktikan aset-aset pertahanan udara milik TUDM terutamanya pesawat angkut (C130H, A400M dan CN235) dan helikopter (EC725AP dan AW139) sentiasa dalam siap siaga serta berupaya untuk melaksanakan tugas-tugas operasi sama ada di daratan atau pun di lautan sebilang masa.

Latihan ini juga membuktikan kemampuan kerjasama antara cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu TDM dan TLDM serta elemen pasukan khas dari Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Elit 10 Briged (Para) dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Top