You are here
Home > Parade & Ceremony > APPRECIATION AND FAREWELL PARADE FOR MG DATO’ HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM

APPRECIATION AND FAREWELL PARADE FOR MG DATO’ HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM

Retirement and farewell parade for MG Dato’ Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM
26 Apr 19 – Satu istiadat perbarisan sempena persaraan Mej Jen Da Dato’ Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM telah diadakan di Pangkalan Udara Labuan hari ini sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam pekhidmatan ATM khususnya TUDM.
Beliau yang ditemani oleh isteri, Datin Che Saridah binti Ramli telah menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan yang terdiri daripada 11 pegawai serta 154 anggota LLP dan diketuai oleh Mej Megat Suhaide bin Megat Daud TUDM. Perbarisan ini turut diiringi oleh Pancaragam TUDM dari Akademi Tentera Udara Ipoh.
Turut hadir menyaksikan istiadat perbarisan ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.
Di akhir acara, Mej Jen Dato’ Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM bersama isteri telah dibawa berarak menggunakan kenderaan istiadat dengan diiringi pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDM.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: