2 Div COA Board 1/2019

Phase 1 of 2nd Div’s LTC selection board.
PULAU PINANG: Seramai 11 pegawai yang berkhidmat di bawah naungan 2 Divisyen telah menghadiri Lembaga Panglima Tentera Darat (LPTD) Siri 1/2019 Peringkat 2 Div bertempat di Bilik Mesyuarat MK 2 Div pada 2 dan 3 Mei 2019.
Lembaga ini merupakan fasa pertama penilaian bagi pegawai-pegawai yang telah disenarai pendek untuk dinaikkan ke pangkat Lt Kol.
Pucuk Pimpinan TD telah menetapkan agar temuduga secara fizikal dilaksanakan untuk mengesahkan potensi serta kredibiliti calon-calon yang telah diperakukan sebagai proses check and balance mengikut saluran pemerintahan masing-masing.
Di samping itu, ia merupakan salah satu penjajaran yang dilakukan di peringkat 2 Div dalam aspek pemilihan calon kenaikan pangkat Lt Kol yang lebih telus dan berkesan.
Lembaga ini dipengerusikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan Ahli-ahli Panel adalah dari Panglima Formasi naungan 2 Div.
Turut hadir wakil dari Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat dan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat.
Oleh: Mej Mohd Said Adam Mohd Said
Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh
-MARKAS DIVISYEN KEDUA INFANTRI MALAYSIA-
5.4163935100.3326786
Penang, Malaysia

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version