You are here
Home > Parade & Ceremony > Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Artileri Divisyen 2 Div

Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Artileri Divisyen 2 Div

Change-of-command Parade for 2 Division Artillery Commander
PULAU PINANG: Seramai 12 pegawai dan 121 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Artileri Divisyen 2 Div yang berlangsung di Padang Kawad Markas 2 Div, Kem Tun Razak pada 16 Apr 2019.
Perbarisan tersebut menyaksikan Brig Jen Mohd Rawa Hj Seman telah menyerahkan tugas dan kuasa Komander Artileri Divisyen 2 Div kepada Kol Norazman Ismail yang disaksikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.
Terdahulu Brig Jen Mohd Rawa Hj Seman telah menerima tabik hormat dari perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen Ke 3 Artileri Diraja (3 RAD), Lt Kol Abdul Halim Ishak.
Brig Jen Mohd Rawa Hj Seman sebagai Komander Artileri Divisyen 2 Div yang ke 7 mulai 30 Okt 2015 hingga 21 April 2019 dan akan menamatkan perkhidmatan pada 13 Ogos 2019 setelah menabur bakti selama 40 tahun dalam perkhidmatan TD.
Turut hadir menyaksikan perbarisan ini ialah Ketua Staf MK 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin, KS MK Div Arti 2 Div, Lt Kol Wan Khalis Wan A. Rahman serta Pegawai Memerintah dan Pemerintah Trup 2 Div di Pulau Pinang.
Oleh: Mej Mohd Said Adam Mohamed Said
Gambar: Sjn Youyunus ak Hong Chin dan Pbt Mohd Nor Izham Shalahudin
– Divisyen Kedua Infantri Malaysia

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: