You are here
Home > Human Capital > Lieutenant-Colonel Selection Board 1/2019

Lieutenant-Colonel Selection Board 1/2019

What It’s All About…

Lembaga Temuduga Tapisan Kenaikan Pangkat Sebenar Lt Kol Siri 1/2019

PULAU PINANG: Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div), Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad telah mempengerusikan Lembaga Temuduga Tapisan Kenaikan Pangkat Sebenar Lt Kol Siri 1/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat MK 2 Div, Kem Tun Razak pada 24 Jun 2019.

Pelaksanaan Lembaga melibatkan seramai 19 calon yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan berpangkat Lt Kol dari pelbagai kor yang berkhidmat di dalam KTJ 2 Div.

Lembaga diadakan bertujuan untuk mengesahkan kompetensi seseorang Pegawai Kanan berpangkat P/Lt Kol sebelum disokong ke pangkat Sebenar Lt Kol.

Semua calon terlibat diingatkan agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan memberikan komitmen serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada perkhidmatan TD yang ditemuduga oleh Ahli Lembaga iaitu Panglima 6 Bgd, Brig Jen Hj Mohd Halim Khalid; Panglima 8 Bgd, Brig Jen Hj Muhammad Huzaimi Sabri; Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hassan Embong dan Komander Artileri Divisyen 2 Div, Kol Norazman Ismail.

Oleh: Mej Mohd Said Adam Mohamed Said
Jurugambar: Kpl Md Shukor Md Soleh

-Divisyen Kedua Infantri Malaysia-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: