You are here
Home > Ops & Training > 4 RMR Conducted Ex Satria Tangkas (FTX) 2019

4 RMR Conducted Ex Satria Tangkas (FTX) 2019

SELANGOR: Seramai 24 pegawai dan 363 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada pasukan naungan 11 Briged terlibat dalam Eksesais Satria Tangkas bertempat di Ladang Hup Seng Bukit Raja bermula daru 19 hingga 24 Mei 2019.
Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD) menjadi tuan rumah eksesais di mana latihan berkonsepkan Peperangan Konvensional yang merupakan latihan untuk mengukur keupayaan operasi tempur serta peranan staf pasukan dalam perlaksanaan dan perancangan sesuatu operasi.
Latihan ini juga mampu menilai keberkesanan Doktrin dan ARTEP serta tahap kesiagaan pegawai dan anggota pasukan semasa operasi.
Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin turut mendengar Perintah Serangan Akhir disampaikan oleh Pegawai Memerintah 4 RAMD, Lt Kol Khairul Azman Kormin.
Turut hadir Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi Hj Abdul Hamid.
Oleh: Kpl Mohd Sadiq Zakaria

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: