Serah Terima Tugas KS MK 4 Div
KUALA LUMPUR: Seramai 30 pegawai dan 75 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf (KS) Markas 4 Div di antara Kol Asri Shukor dan Kol Dato’ Azhar Hj Ahmad di perkarangan MK 4 Div pada 1 Julai 2019.
Perbarisan diketuai Pegawai Staf 2 Tadbir, Lt Kol Azhar Jaafar manakala Sarjan Mejar Rejimen (SMR) adalah PWI Syahrul Nizam Abd Rahman.
Terdahulu Ketua Staf MK 4 Div menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan sebelum acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disaksikan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin.
Turut hadir, pegawai-pegawai MK 4 Div.
Oleh: Kpl Mohd Sadiq Zakaria