You are here
Home > Parade & Ceremony > Territorial Army Celebrates its 61st Anniversary

Territorial Army Celebrates its 61st Anniversary

The Territorial Army (TA) was established in 1 Jun 1958. The 61st anniversary parade and celebration was held at the TA Training Center in Ipoh.


HARI ULANG TAHUN ASKAR WATANIAH (HUT AW) KE-61

Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (BPS). Assistant Commander, Reserve Force Division.
Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (BPS)

IPOH, 19 Jul 19 – Hari Ulang Tahun Askar Wataniah (HUT AW) kali ke-61 telah diadakan bersempena penubuhan Pasukan Simpanan Askar Wataniah yang telah ditubuhkan sejak 1 Jun 1958. Majlis sambutan HUT Askar Wataniah telah diadakan pada 18 hingga 19 Jul 2019 bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) Ipoh, Perak dengan penglibatan Askar Wataniah dari seluruh Malaysia.

Female Territorial Army members in parade.
Female Territorial Army members in parade.

Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ini telah dimulai dengan Program Derma Darah pada 18 Jul 19 dan diikuti dengan Majlis Tahlil dan Bacaan Surah Yaasin pada malam 18 Jul 19. Perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah turut berlangsung di Padang Kawad PUSWATAN dengan penglibatan seramai 21 Pegawai dan 273 anggota Lain-Lain Pangkat.

Perbarisan telah diketuai oleh Lt Kol Abdul Wahid bin Sulaiman, CO Bn ke-2 Rej 514 Askar Wataniah, dan diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan kontinjen oleh Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah (HUT AW) telah diakhiri dengan Majlis Koktel yang telah diadakan di Wisma Perwira PUSWATAN pada malam 19 Jul 2019.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: