You are here
Home > Ops & Training > Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Damage Control Instructor (CBRNDCi) Course 14/2019

Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Damage Control Instructor (CBRNDCi) Course 14/2019

Terendak, 1 Aug – A total of 21 students and 6 Trainers from the Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Damage Control Instructor (CBRNDCi) Course Series 14/2019 from KD Pelandok, RMN Lumut Base conducted a study visit and continued CBRN Training at the 12 Royal Engineers Regiment (RAJD) (CBRNe), Airstrip Camp, Malacca from July 30 to August 1, 19. This tour and training is one of the syllabuses in the course and is held annually by 12 RAJD CBRNe . The training was conducted to provide exposure to the course students on the capabilities of the 12 RAJD (CBRNe) Screening Team and to share knowledge on CBRN threats.

The main objective of this exercise is to share Tactics, Techniques and Procedures (TTPs) between the two services in addressing the CBRN threat. In addition, the training will further strengthen the close cooperation between KD Pelandok and the 12 RAJD (CBRNe) in the operation of the CBRN. This training was conducted by 3 officers and 8 members of the 12 RAJD CBRNe Team.

Among the activities carried out during the training were CBRN agent identification classes, individual protective clothing classes (PPI), introduction of CBRN agent detection tools, PPI fast track training and gas chamber training.


TERENDAK, 1 Ogos 19 – Seramai 21 orang penuntut dan 6 orang Jurulatih dari Kursus Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Damage Control Instructor (CBRNDCi) Siri 14/2019 dari KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut telah mengadakan lawatan sambil belajar dan seterusnya mengadakan Latihan CBRN di 12 Skn RAJD (CBRNe), Kem Airstrip, Melaka bermula 30 Jul hingga 1 Ogos 19. Lawatan dan latihan ini merupakan salah satu dari silibus yang terdapat di dalam kursus berkenaan dan diadakan pada setiap tahun di 12 Skn RAJD CBRNe. Latihan ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada penuntut kursus mengenai keupayaan pasukan 12 Skn RAJD (CBRNe) dan berkongsi ilmu mengenai ancaman CBRN.

Objektif utama latihan ini adalah bagi berkongsi Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) kedua – dua perkhidmatan dalam menangani ancaman CBRN. Selain itu, latihan ini dapat meneruskan lagi kerjasama yang erat antara KD Pelandok dan 12 Skn RAJD (CBRNe) dalam pengoperasian CBRN. Latihan ini telah dikendalikan oleh seramai 3 pegawai dan 8 anggota dari pasukan 12 Skn RAJD CBRNe.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang latihan ini adalah kelas pengenalan agen CBRN, kelas pakaian perlindungan individu (PPI), pengenalan alat pengesan agen CBRN, latihan jalan laju memakai PPI dan latihan kebuk gas.

12SknRAJD_CBRNe

BerusahaBerfaedah

TekunBerlatihPerkasaKeupayaan

MAJUTERA

Artikel: Lt Muhd Syafiq Chin bin Mohd Safwan Chin
Foto: Kpl Mohd Shah bte Md Arif

Top
%d bloggers like this: