You are here
Home > Parade & Ceremony > MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA (PAB)

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA (PAB)


KUALA LUMPUR, 9 Januari 2019 – Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama(PAB) telah diadakan di Wisma Perwira ATM diantara Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman dan Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki.
Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman yang merupakan PAB Ke-11 akan menamatkan perkhidmatan pada tahun ini setelah 42 tahun menabur bakti pada ibu pertiwi.
Majlis yang telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.
Warga TUDM ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman dan sekalung tahniah buat Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki diatas perlantikan sebagai PAB Ke-12.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: