You are here
Home > Ops & Training > Ex PASAK BUMI 1/2019 by 4th Regiment, Royal Military Police Corps

Ex PASAK BUMI 1/2019 by 4th Regiment, Royal Military Police Corps

PAHANG: A total of 13 officers and 239 members of the Other Ranks (LLP) including referees were involved in the opening of the 4th Regiment, Royal Military Police Corps Ex PASAK BUMI 1/2019. The exercise was launched by HQ 4 Div Chief of Staff (COA), Col Dato ‘Azhar Hj Ahmad at Mempaga Camp’s Football Field on 3 August 2019.


Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2019

PAHANG: Seramai 13 pegawai dan 239 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) termasuk wasit terlibat dalam Perasmian Eksesais Pasak Bumi 4 Rej KPTD Siri 1/2019 yang disempurnakan oleh Ketua Staf (KS) MK 4 Div, Kol Dato’ Azhar Hj Ahmad bertempat di Padang Bola Sepak Kem Mempaga pada 3 Ogos 2019.

Perasmian dimulakan selepas ketibaan KS MK 4 Div menerima Tabik Hormat daripada Ketua Perbarisan, Mej Syahrezahelmy Razali.

Acara diteruskan dengan pertunjukan pentomen dan upacara pemakaian toha oleh KS MK 4 Div kepada Ketua Wasit, Mej Ahmad Kadir Nizarudin Ahmad Zahidin, Ketua Kompeni A, Mej Noorsyahida Wati Abdullah Sani dan Ketua Kompeni B, Mej Syahrezahelmy Razal.

KS mengingatkan pegawai dan anggota dalam ucapannya agar sentiasa amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan anggota kumpulan hendaklah memberi kerjasama kepada ketua-ketua yang dilantik.

Turut hadir, Pegawai Memerintah 4 Rej KPTD, Lt Kol Khairul Zaman Haji Bahari, Ketua-ketua Kompeni, dan SMR 4 KPTD, PWI Mohd Amra Ismail.

Oleh: Kpl Mohd Sadiq Zakaria

Top
%d bloggers like this: