You are here
Home > Parade & Ceremony > New JFHQ Chief of Staff MG Abd Malik bin Jiran

New JFHQ Chief of Staff MG Abd Malik bin Jiran

Joint Force Headquarters (JFHQ) Chief of Staff (COS) MG Dato’ Zulkapri bin Rahamat handed over his appointment to MG Abd Malik bin Jiran today, 15 Aug 2019.

MG Dato’ Zulkapri bin Rahamat will be retiring from service after 42 years in the military.


KUANTAN, 15 Ogos 19 – Majlis serah terima tugas Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (Mk AB) diantara Mej Jen Dato’ Zulkapri bin Rahamat dengan Mej Jen Abd Malik bin Jiran telah berlangsung pagi tadi. Majlis yang berlangsung di Auditorium Mk AB itu telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj. Mohd Zuki dan Pegawai-pegawai Mk AB.

Mej Jen Dato’ Zulkapri bin Rahamat yang secara rasminya menyerahkan tugas Ketua Staf Mk AB kepada Mej Jen Abd Malik bin Jiran, akan bersara dari perkhidmatan setelah 42 tahun menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM.

Sebelum itu, satu acara perbarisan melibatkan seluruh warga Mk AB yang diketuai oleh Kol Mohd Zamri bin Abdullah turut diadakan sebagai penghargaan kepada beliau. Mengakhiri majlis persaraan beliau, seluruh warga Mk AB beramai-ramai mengadakan ‘street lining’ untuk memberi penghormatan dan mengiringi pergerakan beliau meninggalkan majlis.

Top
%d bloggers like this: