You are here
Home > Parade & Ceremony > New Squadron Sergeant Major for 12 Engineers Regiment (CBRNe)

New Squadron Sergeant Major for 12 Engineers Regiment (CBRNe)

Change of Appointment Parade for Squadron Sergeant Major (SMS) of 12 Royal Army Engineers Regiment Squadron (CBRNe) took place at Airstrip Camp, Malacca on 14 Oct 2019.

The parade saw Warrant Officer (WO) II Shaharom Parith bin Yahya handing over his appointment to WO II Zulhairi bin Husin.


MELAKA, 14 Ogos 19 – Seramai 26 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Skuadron (SMS) pasukan 12 Skn RAJD (CBRNe) antara 1101906 PW II Shaharom Parith bin Yahya dan 1115238 PW II Zulhairi bin Husin yang telah diadakan di Kem Airstrip, Melaka.

Acara dimulakan dengan menandatangani buku serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa yang disaksikan oleh Pegawai Pemerintah, Lt Kol Norhelmi bin Ismail. Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar dan jamuan makan di dewan makan pasukan.

1101906 PW II Shaharom Parith bin Yahya telah mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 25 Mac 1994 dan akan menamatkan perkhidmatan selama 26 tahun pada 24 Mac 2020. Beliau telah berkhidmat di 12 Skn RAJD (CBRNe) mulai 1 Mei 2009 dan menjawat jawatan SMS mulai 25 Mac 2016.

Dalam ucapan Pegawai Pemerintah, beliau menyeru kepada semua anggota pasukan untuk mencontohi dan menghargai segala jasa yang telah dicurahkan oleh SMS yang lama yang telah berkhidmat di 12 Skn RAJD (CBRNe) selama hampir 10 tahun. Beliau juga berkeyakinan penuh agar SMS yang baru akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pasukan dan organisasi. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pasukan oleh Pegawai Pemerintah dan acara street lining sebagai penghormatan terakhir kepada SMS yang lama.

Turut hadir Pegawai-pegawai 12 Skn RAJD (CBRNe) dan 3 Staf awam pasukan.

Artikel: Lt Norakmar binti Ahmad Sabri
Foto: PW II Noor Azian binti Abdul Latiff

Top
%d bloggers like this: