You are here
Home > Parade & Ceremony > Defence Minister’s Working Visit to Sibu

Defence Minister’s Working Visit to Sibu

Defence Minister YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu made a working visit to Sibu on 18 Aug 2019.

He was accompanied by Commander Eastern Field Command LG Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Commander 1 Div, MG Dato’ Md Din bin Hj Abu and Commander 9 Bde, BG Abdul Rahman bin A. Wahab at Camp RASCOM, Sibu.

He also presented the Pingat Jasa Malaysia (PJM) award for the Sarawak Armed Forces and the Pingat Kedaulatan Negara Peringkat Markas Pemerintahan Medan Timur to 200 recipients here on Sunday.


Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Malaysia ke Sibu

SIBU – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu pada hari ini telah mengadakan lawatan kerja di Sibu.

Beliau yang diiringi oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain telah disambut oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Md Din bin Hj Abu dan Panglima 9 Bgd, Brig Jen Abdul Rahman bin A. Wahab, setibanya di Kem RASCOM, Sibu.

Acara yang berlangsung di Dewan RASCOM dimulakan dengan Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama warga 9 Briged dan penerima pingat. Pada majlis itu, beliau turut beramah mesra dengan warga 9 Bgd dan warga veteran ATM Sarawak.

Seterusnya, beliau menyempurnakan penyampaian Pingat Jasa Malaysia dan Pingat Kedaulatan Negara kepada 200 orang penerima.

Program seterusnya diteruskan dengan lawatan ke tapak projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan menerima taklimat yang diberikan oleh Pengarah 91 UPKAT, Kol Hussian bin Mat.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, AKS Cwg Perancangan&Pembangunan, Mej Jen Dato’ Ahmad Tajudin bin Abdul Ghani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Dato’ Thomas [email protected], Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) BPKP, Brig Jen Ir. Anhar bin Anuar, dan Brig Jen Datuk Johnny Lim Eng Seng dan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.

Oleh: Sel Op Media Perhubungan Raya

Top
%d bloggers like this: