You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysian 15th Chief Engineer

Malaysian 15th Chief Engineer

KLUANG, August 28, 2019 – Parade for the 15th Chief Engineer was held at the Army Field Institute of Engineering (IKEM) Parade Square, Mahkota Camp, Kluang, Johor on 28 August 19.

This parade was part of the change of command for highest appointment of Royal Engineers Corps Corps (RAJD) as well as the appointment as the 15th Chief Engineer for MG Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan. Earlier, MG Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan assumed the position of Chief Engineer, replacing MG Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman on August 27, 2019.


PERBARISAN KETUA JURUTERA KE-15

KLUANG, 28 Ogos 2019 – Perbarisan Ketua Jurutera Ke-15 telah dilaksanakan di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kem Mahkota, Kluang, Johor pada 28 Ogos 19. Perbarisan ini adalah bersempena pertukaran tampuk pimpinan tertinggi Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) serta penyampaian Perintah Ulung Ketua Jurutera Ke-15 oleh Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan. Terdahulu, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan telah mengambil alih jawatan sebagai Ketua Jurutera Ke-15 daripada Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman pada 27 Ogos 2019.

Seramai 47 pegawai dan 417 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Ketua Jurutera Ke-15. Konsep perbarisan adalah perbarisan statik melibatkan lapan detasmen yang terdiri daripada:

a. Detasmen RAJD 2 Divisyen dan IKEM.

b. Detasmen RAJD 3 Divisyen.

c. Detasmen 91 Rejimen Bantuan RAJD.

d. Detasmen gabungan daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Markas RAJD Pemerintahan Barat Tentera Darat (MK RAJD PMBTD), MK RAJD Pakar (AW) dan 10 Skn RAJD (Para).

e. 4 x detasmen gabungan penuntut kursus di IKEM.

Personaliti perbarisan adalah terdiri daripada Ketua Perbarisan iaitu Leftenan Kolonel Sr Mohathir bin Mohamad dari 93 Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Angkatan Tentera (93 UPKAT), Penolong Ketua Perbarisan adalah Mejar Mohd Fairus bin Ismail dari BGSP. Ajutan Perbarisan ialah Kapten Mohd Syawal bin Abd Rahman dari BPKP manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah Pegawai Waren 1 Syahrizal bin Jamaluddin dari 91 Rejimen Bantuan RAJD.

Perbarisan turut diiringi oleh Platun Tambor daripada Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin oleh DM Sarjan Mohd Fasha Ridhuan bin Abu Samah. Aset-aset RAJD turut dipamerkan semasa perbarisan iaitu Tracked Excavator (Med), Highway Dump Truck dan Bridging Crane 15 Ton (Med).

Turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Kapten ke Pemangku Mejar melibatkan seramai empat pegawai dari Kor RAJD iaitu:

a. Kapten Mohd Dzulhakim bin Mohd Khalid dinaikkan pangkat dari pangkat Kapten ke Pemangku Mejar berkuatkuasa pada 15 Januari 2019 dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Pemerintah di 1 Skn RAJD.

b. Kapten Mohd Hisham bin Abd Hamid dinaikkan pangkat dari pangkat Kapten ke Pemangku Mejar berkuatkuasa pada 1 Februari 2019 dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Staf 2 Forensik Tanah di Sel Geoteknik, Cawangan Pengurusan dan Perancangan, BPKP.

c. Kapten Nazarul Aswad bin Ismail dinaikkan pangkat dari pangkat Kapten ke Pemangku Mejar berkuatkuasa pada 1 Februari 2018 dan menjawat jawatan Pegawai Staf 2 Pelaksanaan Mekenikal dan Elektrikal, di Cawangan Perkhidmatan Kejuruteraan Barat.

d. Kapten Mohd Nooriman bin Muhamad dinaikkan pangkat dari pangkat Kapten ke Pemangku Mejar berkuatkuasa pada 2 Februari 2019 dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Staf 2 Tadbir dan Kewangan di 91 Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Angkatan Tentera (91 UPKAT).

Turut hadir menyaksikan perbarisan adalah Brig Jen Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah BGSP, Brig Jen Ir Abdul Hamid bin Mohd Isa, Komander Jurutera Medan Barat, Brig Jen Hj Mustaffa bin Othman, Pengarah Cawangan Perkhidmatan Kejuruteraan Barat, Brig Jen Ir Anhar bin Anuar, Pengarah Cawangan Perkhidmatan Kejuruteraan Timur, Pegawai Kanan RAJD dan warga kor RAJD.

‘BERUSAHA BERFAEDAH’


  If you like my post, why not buy me a coffee (PayPal)

Top