You are here
Home > Parade & Ceremony > New Acting Commander 11 Bde

New Acting Commander 11 Bde

On 30 August 2019, Commander 11 Bde BG Dato’ Dr Mohd Radzi Hj Abdul Hamid officially handed over his appointment to Commanding Officer 25 RMR, LTC Irwan Ismail as the acting commander of 11 Bde.


Serah Terima Tugas Panglima 11 Bgd

SELANGOR: Seramai 12 peg dan 190 anggota Lain-Lain Pangkat terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 11 Bgd di Padang Kawad MSS Kem Sungai Buloh pada 30 Ogos 2019.

Panglima 11 Bgd Ke-22, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi Hj Abdul Hamid dengan secara rasminya telah menyerahkan tampuk pemerintahan Formasi 11 Bgd kepada Peg Mem 25 RAMD, Lt Kol Irwan Ismail selaku Pemangku Panglima 11 Bgd yang disaksikan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin.

Terdahulu Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi Hj Abdul Hamid menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan yang diketuai oleh Timb Komd Rej 502 (AW), Lt Kol Azmi Tukiman.

Acara diteruskan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 11 Bgd sebagai tanda peralihan kuasa serta pertukaran tampuk pemerintahan yang baharu bagi Formasi 11 Bgd.

“Jadilah seperti An-Naml yang bererti Semut, walaupun kecil tetapi mampu melakukan kerja-kerja yang luar biasa”, ucapan terakhir Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi Hj Abdul Hamid ketika sesi Jamuan Penghargaan.

Beliau menggambarkan walaupun 11 Bgd adalah ketumbukkan formasi yang kecil, tetapi mampu melaksanakan setiap penugasan yang diberikan.

Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi Hj Abdul Hamid terpilih untuk menjalani Kursus Ketahanan Nasional (KTN) Siri 1/19 di Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Putrajaya mulai 1 Sep 2019 hingga 1 Sep 2020.

Turut hadir, Pegawai Mem/Pem dan staf awam naungan 11 Bgd.

Oleh: Kapt Fakhrullman Mohd Shamsuddin
Gambar: Staf Cwg Risik MK 11 Bgd

MK Bgd Ke-11 Infantri Malaysia –

Top
%d bloggers like this: