Annual Fire Power Demonstration Begins Ops & Training 16th September 201916th September 2019 NEGERI SEMBILAN: The 2019 Fire Power Demonstration (FPD) to be held at the Asahan Range, Syed Sirajuddin Camp, Gemas opens on 16 Sep 2019. The opening of 2019 FPD Opening Ceremony with 15 officers and 271 members of the Other Ranks (LLP) was officiated by 3rd Division Artillery Commander BG Noor Sazali Puteh, at the 11 Royal Armor Regiment Parade Square. The FPD is an annual exercise that tests the level of combat capability of the Army’s assets, assisted by naval and air assets from the Royal Malaysian Navy (RMN) and the Royal Malaysian Air Force (RMAF). FPD 2019, which will run until 24 Sep 2019, will also include classes by subject matter experts specially brought in from relevant training centers. In addition, night-time training will also be conducted. The Division Artillery Commander in his opening speech, also reminded every one involved in the 2019 FPD that safety is a priority. Bermulanya LKT 2019 NEGERI SEMBILAN: Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2019 yang akan dilaksanakan di Lapangsasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas membuka tirai latihannya pada 16 Sep 2019. Perasmian Pembukaan LKT Tahun 2019 yang disertai seramai 15 pegawai dan 271 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah disempurnakan oleh Komander Artileri Divisyen 3 Divisyen, Brig Jen Noor Sazali Puteh, bertempat di Padang Kawad Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD). LKT merupakan latihan tahunan yang menguji tahap kebolehupayaan tempur aset milik Tentera Darat, turut dibantu oleh aset udara dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). LKT 2019 yang akan berlangsung sehingga 24 Sept 2019, turut membuat penambahan kepada pengisian latihan dengan pelaksanaan kelas oleh para subject matter expert yang didatangkan khas dari pusat-pusat latihan berkaitan. Selain itu, latihan pengendalian malam juga akan dilaksanakan. Komander Artileri Divisyen di dalam ucapan pembukaannya, turut mengingatkan kepada setiap peringkat pegawai dan anggota yang akan terlibat di dalam LKT 2019 ini, untuk sentiasa memastikan keselamatan menjadi keutamaan agar tiada sebarang insiden yang tidak diingin berlaku. Turut hadir Pegawai-Pegawai Memerintah pasukan yang terlibat. Oleh: Mej Mohammed Fahmi Ishak Gambar: PR MK 3 Div & Risik MK Div Arty 3 Div Like this:Like Loading... Related