You are here
Home > Ops & Training > Fire Power Training 2019

Fire Power Training 2019

GEMAS, 23 Sep 2019 – The Malaysian Army (TDM) conducted the 2019 Fire Power Training (FPT) at Gemas Range, Syed Sirajuddin Camp, Negeri Sembilan, involving 146 officers and 1,837 members.

This exercise, formerly known as the Fire Power Demonstration (FPD), is held as an annual activity aimed at exposing the Malaysian Command and Staff Course (MCSC) students from the MAF Staff College (MTAT) on TDM maneuvering and firing capabilities. The 48/2019 MCSC saw the participation of 165 local students.

Among the military assets involved in this exercise were the GEMPITA, ADNAN, PT91M PENDEKAR Tank, 155mm G5 Artillery and several other key assets including the Agusta Helicopter.

The training was attended by Army Chief Gen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Deputy Army Chief LG Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Army Western Field Commander LG Dato’ Hj Mohd Nazir bin Hj Mami, Army Eastern Field Commanderl, LG Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain and Senior Army Officers.


LATIHAN KUASA TEMBAKAN 2019

GEMAS, 23 Sep 2019 – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengadakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2019 bertempat di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan melibatkan 146 Pegawai dan 1,837 anggota.

Latihan ini yang dahulunya dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) diadakan sebagai aktiviti tahunan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tentang keupayaan manuver dan kuasa tembakan TDM. KPSM Siri 48/2019 kali ini menyaksikan penyertaan seramai 165 siswa tempatan.

Antara aset ketenteraan yang terlibat dalam latihan ini seperti GEMPITA, ADNAN, Kereta Kebal PT91M PENDEKAR, Meriam 155mm G5 dan beberapa aset utama lain termasuk Helikopter Agusta.

Latihan ini dihadiri oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir bin Hj Mami, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain serta Pegawai-Pegawai Kanan TD.

Top
%d bloggers like this: