You are here
Home > Ops & Training > Exercise TIGER STRIKE Opens Onboard USS GREEN BAY

Exercise TIGER STRIKE Opens Onboard USS GREEN BAY

Monday, 30 Sep 2019 – Lieutenant-General Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Army Field Commander East has officiated the TIGER STRIKE 2019 (Ex. TS 19) Exercise Opening Ceremony onboard the USS GREEN BAY. This exercise is an annual joint military exercise involving the Malaysian Armed Forces and the United States Armed Forces.

The exercise is conducted in the waters of Lahad Datu and Kota Belud, Sabah areas, from 28 Sep to 5 Oct 19. The exercise involved all three Services of MAF and is joined by military assets from the United States Marine Corps (USMC).

This time, the exercise is focused on amphibious drills as well as jungle training held in Lahad Datu waters and beaches. Meanwhile, training on air assets was held at the ​​Kota Belud target range. The military exercise is conducted to learn and exchange skills and expertise between the MAF and the United States Army. Also present at the event were Senior Officers of the MAF and the United States Army.


LAHAD DATU, 30 Sep 2019 – Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain Panglima Medan Timur Tentera Darat telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Eksesais TIGER STRIKE 2019 (EKS TS 19) yang diadakan di atas kapal USS GREEN BAY. Eksesais ini merupakan latihan ketenteraan gabungan bersama tahunan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Eksesais dilaksanakan di perairan Lahad Datu dan kawasan Kota Belud Sabah, bermula 28 Sep hingga 5 Okt 19.

Eksesais ini melibatkan keanggotaan dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan disertai oleh aset ketenteraan dari United States Marine Corps (USMC).

Eksesais kali ini memfokuskan kepada latihan serangan amfibi serta latihan hutan yang diadakan di kawasan sekitar perairan dan pantai di Lahad Datu. Manakala latihan melibatkan aset udara diadakan di kawasan lapang sasar Kota Belud. Latihan ketenteraan seperti ini diadakan bagi mempelajari serta bertukar-tukar kemahiran dan kepakaran diantara anggota ATM dan Tentera Amerika Syarikat. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Tentera Amerika Syarikat.

Top
%d bloggers like this: