You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysian Armed Forces Army Chief Inducted into MAFDC Hall of Fame

Malaysian Armed Forces Army Chief Inducted into MAFDC Hall of Fame

KUALA LUMPUR, 30 Sep 30 2019 – Chief of Army (COA) Gen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi is the 11th inductee of the the Malaysian Armed Forces Defence College (MAFDC) Hall of Fame in the 11/2019 Hall of Fame induction ceremony held at MPAT Trisakti Hall, Kuala Lumpur today, 30 September 2019. The commemorative event was officiated by MAFDC Commandant, First Admiral Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin.

The idea of ​​creating a Hall of Fame was triggered at the 45th Board of Governors’ Meeting on 30 Dec 13. The inductees of the MAFDC Hall of Fame are made up of alumni who have held the highest office in their respective service.

This prestige is the MAFDC’s recognition of highest honor for its alumni. In addition to the Celebration of Honor, those who are honored will receive a personal certificate and a Hall of Fame momento. Portraits of recipients will be displayed alongside previous recipients in the dedicated space.

Gen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi presented with his Hall of Fame Certificate.
Gen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi presented with his Hall of Fame Certificate.

Since its inception, a total of 10 ceremonies have been held at the MAFDC. The last time the Hall of Fame was honored was for Chief of the Defence Forces, Gen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin on 29 October 18.

Congratulations to the Chief of Army.


MAJLIS PEMASYHURAN HALL OF FAME MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA SIRI 11/2019 KEPADA PANGLIMA TENTERA DARAT KE-27

KUALA LUMPUR, 30 Sep 2019 – Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah dimasyhurkan sebagai Ahli Hall of Fame Ke-11 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dalam Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Siri 11/2019 yang diadakan di Dewan Trisakti MPAT, Kuala Lumpur pada hari ini, 30 September 2019. Acara pemasyhuran telah disempurnakan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin.

Idea mewujudkan Hall of Fame telah dicetuskan semasa Mesyuarat Lembaga Gabenor Maktab (Board of Governors) Ke-45 pada 30 Dis 13. Personaliti yang layak dimasyhurkan sebagai ahli Hall of Fame MPAT adalah terdiri daripada alumni maktab yang telah berjaya menjawat jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan masing-masing.

Pemasyhuran ini secara langsung memberi pengiktirafan secara nyata dan merupakan penghormatan berprestij tertinggi MPAT kepada alumninya. Selain Majlis Pemasyhuran, sebagai tanda penghargaan, mereka yang dimasyhurkan dengan status kehormat ini akan menerima sijil peribadi dan momento Hall of Fame. Gambar potret penerima akan dipamerkan bersama penerima terdahulu di ruang yang dikhususkan.

Semenjak ia dimulakan, sebanyak 10 majlis pemasyhuran telah dilaksanakan di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Kali terakhir pemasyhuran Hall of Fame telah dianugerahkan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin pada 29 Okt 18.

Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Panglima Tentera Darat.


  If you like my post, why not buy me a coffee (PayPal)

Top
%d bloggers like this: