You are here
Home > Ops & Training > UAE Troops Attended 1/2019 Jungle Training Course in Johor

UAE Troops Attended 1/2019 Jungle Training Course in Johor

JOHOR: The United Arab Emirates (UAE) Military’s 1/2019 Jungle Training Course Closing Ceremony was attended by Chief of General Staff, 21 Special Service Group (SSG), BG Datuk Jamaluddin Jambi at the Kemabong Camp, Endau, Johor on 17 Oct 2019.

BG Datuk Jamaluddin Jambi was welcomed by BG Abdullah Saeed Al-Tayyar, UAE Defense Attache.

In his closing remarks, Chief of General Staff 21 SSG wants all SSG members to share with the UAE team on tactics, techniques and procedures (TTP) used in SSG training, and to ensure that SSG personnel comply and internalise these TTP and to teach the current UAE team.


Majlis Penutup Latihan Hutan Bersama UAE Siri 1/2019

JOHOR: Majlis Penutup Latihan Hutan Bersama Tentera Emeriah Arab Bersatu (UAE) Siri 1/2019 yang disempurnakan oleh Ketua Staf Am 21 GGK, Brig Jen Datuk Jamaluddin Jambi bertempat di Kem Penyabong, Endau, Johor pada17 Okt 2019.

Ketibaan Ketua Staf Am 21 GGK di sambut oleh Brig Jen Abdullah Saeed Al-Tayyar Defense Attache UAE dan menerima tabik hormat majlis.

Dalam ucapan penutup KS Am 21 GGK berkehendakkan semua anggota GGK memberi pendedahan kepada pasukan UAE tentang Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) berkaitan dalam latihan yang dilaksanakan oleh GGK dan memastikan anggota GGK yang terlibat mematuhi serta mendalami TTP yang digunakan serta mampu mengajar pasukan UAE semasa latihan dilaksanakan.

Mengeratkan hubungan pasukan kedua-dua negara serta boleh bekerjasama dalam latihan serta operasi masa hadapan jika diperlukan dan membolehkan anggota memahami cara kerja pasukan UAE yang melaksanakan latihan bilateral serta mampu mencontohi budaya kerja yang positif sekiranya bersesuaian untuk diaplikasikan oleh GGK.

Turut hadir memeriahkan majlis Kol Operasi Khusus, Kol Khairul Anuar Yaacob dan Kol Latih, Kol Nubli Hashim.

Oleh: Kapt Sirichai Manichorte.
Gambar: SSjn Ahmad Norizam Jaafar.

Top
%d bloggers like this: