You are here
Home > Human Capital > Promotion Ceremony for Malaysian Army Senior Officers

Promotion Ceremony for Malaysian Army Senior Officers

KUALA LUMPUR: A total of 27 senior Army officers were promoted during a promotion ceremony attended by Chief of Army Gen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi at Dewan Perkasa, MAF Wisma Perwira on 23 October 2019.

Leading the list, Col Norsham Md Tap was promoted from Col to BG and took up the position of Director General of the Malaysian Armed Forces Headquarters (MAF HQ) Secretariat. Col (Dr) Faridzal Harrymen Mohd Din promoted to BG and took office as MAF HQ Health Services Division Chief Management. Col (Dr) Syed Edi Sazaly Syed Hardzir was promoted from Col to BG and took up the position of 96 Military Hospital and Volunteer Col Mohammad Hj Abang Marzuki promoted to BG and took up the position of Commander of 511 Territorial Army.

Newly promoted Brigadier-General Norsham Md Tap
Newly promoted Brigadier-General Norsham Md Tap

KUALA LUMPUR: Seramai 27 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 23 Okt 2019.

Mendahului senarai, Kol Norsham Md Tap yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Sekretariat Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), Kol (Dr) Faridzal Harrymen Mohd Din dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan MK-ATM, Kol (Dr) Syed Edi Sazaly Syed Hardzir dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Pakar Perubatan 96 Hospital Angkatan Tentera dan Brig Jen Sukarela kepada Kol Abang Mohammad Hj Abang Marzuki dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Komander Rej 511 AW.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada dua pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol didahului oleh Lt Kol Ahmad Najib Othman yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Sekretariat MK- ATM dan Lt Kol Zamri Kamarudin dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan sebagai Kol Risik Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.

Manakala seramai 23 pegawai kanan termasuk Pegawai Sukarela AW dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat, ianya kurniaan Ilahi serta berkat hasil kegigihan, integriti dan sifat terpuji yang konsisten, ketiga-tiga aspek tersebut adalah antara ciri-ciri asas bagi pemimpin.

 “Sesungguhnya kenaikan pangkat ini menunjukkan saudara saudari telah berusaha bersungguh-sungguh, mengutamakan dedikasi dalam melaksanakan tugas dan amanah serta memberikan kesetiaan kepada TD, lebih tinggi pangkat maka lebih tinggi tahap piawaian yang perlu dipenuhi,” tegas PTD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan serta pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Top
%d bloggers like this: