You are here
Home > Defence Relations > RTARF GEN Ponpipaat Benyasri Receives Maroon Beret and Honourary Airborne Wing

RTARF GEN Ponpipaat Benyasri Receives Maroon Beret and Honourary Airborne Wing

MELAKA, Oct 31 – Army Chief, General Tan Sri Dato’ Seri Haji Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi has officiated the Maroon Beret and the Honourary Airborne Wing Presentation Ceremony for the Chief of Defence Forces of the Royal Thai Armed Forces (RTARF) General (GEN) Ponpipaat Benyasri. The event was held at Parawood Square, 8th Royal Ranger Regiment (Para), Terendak Camp, Melaka on 31 October 19 and was accompanied by Commander 10th Brigade (Para) BG Haji Semaon bin Haji Marjuki.

The awarding of the Maroon Beret and the Honourary Airborne Wing of the 10th Brigade (Para) is the highest honors given to senior military leaders. It also recognizes individuals who are selected based on the excellence of military service relations.

The event kicked off with a demonstration of the 10 Brigade (Para) capability through unarmed combat and Battle Group warfare involved approximately 1,300 officers and members.

The Thai Armed Forces Commander and delegation are in Malaysia in conjunction with the Malaysia Thailand High Level Committee Meeting (HLC MALTHAI). Also present at the event were Assistant Chief of Staff Operations and Training, Army Headquarters, Major-General Dato’ Hj Muhammad Anwar bin Abdullah, 3rd Division Commander, Major-General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim as well as officers from 10 Brigades (Para).


PENGANUGERAHAN BERET MERUN DAN SAYAP PENERJUNAN KEHORMAT KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA THAILAND

MELAKA, 31 Okt 19 – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah menyempurnakan Acara Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat kepada Panglima Angkatan Tentera Thailand, General Ponpipaat Benyasri. Acara berkenaan telah dilaksanakan di Dataran Parawood, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), Kem Terendak, Melaka pada 31 Okt 19 dan turut diiringi oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Haji Semaon bin Haji Marjuki.

Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) itu adalah penghormatan tertinggi daripada pasukan berkenaan kepada individu dan pemimpin tinggi tentera. Ia juga pengiktirafan terhadap individu yang dipilih berdasarkan kecemerlangan perhubungan perkhidmatan ketenteraan.

Acara dimulakan dengan demonstrasi keupayaan 10 Briged (Para) menerusi aksi tempur tanpa senjata, kawad dan renang tempur serta serangan Para Battle Group membabitkan kira-kira 1,300 pegawai dan anggota.

Panglima Angkatan Tentera Thailand dan delegasi berada di Malaysia sempena menghadiri Mesyuarat High Level Commiittee Malaysia Thailand (HLC MALTHAI). Turut hadir menyaksikan acara berkenaan adalah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Hj Muhammad Anwar bin Abdullah, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim serta para pegawai dan anggota 10 Briged (Para).


  If you like my post, why not buy me a coffee (PayPal)

Top
%d bloggers like this: