You are here
Home > Defence Relations > Singapore Chief of Army MG Goh Si Hou Visits Malaysia

Singapore Chief of Army MG Goh Si Hou Visits Malaysia

Chief of Army General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi received an official visit from his counterpart from Singapore, Chief of Army Major General Goh Si Hou, during his introduction to Malaysia at Wisma Pertahanan on 8 November 2019.

Major General Goh Si Hou also took the opportunity to call on Deputy Defence Minister YB Senator Liew Chin Tong and Chief of Defence Forces General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Their meeting focused on initiatives to strengthen the long-standing military relationship between both countries. The Singapore Chief of Army is visiting Malaysia from 7 to 8 Nov 19.


LAWATAN KERJA RASMI PANGLIMA TENTERA DARAT SINGAPURA KE MALAYSIA

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Singapura, Major General Goh Si Hou, Panglima Tentera Darat Singapura sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 8 November 2019.

Sebaik tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, Major General Goh Si Hou disambut oleh PTD lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 anggota diketuai oleh Mejar Mohd Shaiful Amir bin Omar.

Selesai KKU, PTD mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada Pegawai Kanan Tentera Darat dan seterusnya meneruskan acara kunjungan hormat di pejabat PTD serta menandatangani buku lawatan. Major General Goh Si Hou turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin di Wisma Pertahanan.

Serba ringkas keperibadian Major General Goh Si Hou, beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Singapura pada 21 Mac 2018 yang lalu. Dalam pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat Malaysia, antara yang menjadi fokus perbincangan adalah inisiatif pengukuhan hubungan ketenteraan yang sedia terjalin antara dua negara sejak sekian lama.

Turut hadir menyambut ketibaan PTD Singapura adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah dan para Pegawai Kanan Markas Tentera Darat. Kunjungan hormat beliau selama dua hari bermula 7 hingga 8 Nov 19 bermula dengan lawatan rasmi ke SAPURA Secured Technologies, Kuala Lumpur dan diakhiri lawatan ke Markas 3 Divisyen, Kem Terendak Melaka.

Top
%d bloggers like this: