You are here
Home > Ops & Training > RIMPAC 2024: KD LEKIU Showcases Royal Malaysian Navy’s Global Credibility

RIMPAC 2024: KD LEKIU Showcases Royal Malaysian Navy’s Global Credibility

KD LEKIU will participate in the Rim of the Pacific Exercise (RIMPAC) 2024 at Pearl Harbor, Hawaii. The send-off ceremony for KD LEKIU was officiated by the Western Fleet Commander, Vice Admiral Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin, at Lumut Naval Base today. This historic departure was also attended by senior officers, commanding officers of the Western Fleet of the Royal Malaysian Navy (RMN), and families of KD LEKIU’s crew.

This exercise is the world’s largest multilateral exercise, with RIMPAC 2024 expected to see participation from over 30 countries, involving 40 ships, four submarines, and 170 aircraft. This marks RMN’s third participation in RIMPAC, and the second for KD LEKIU, which first participated in 2018, followed by KD LEKIR in 2022. The objective of this exercise is to train the combined RIMPAC forces’ capability in a dynamic maritime environment to demonstrate continuous interoperability across the full spectrum of military operations.

During this exercise, KD LEKIU, commanded by Captain Mahamad Nazir bin Darus of the RMN, will undergo a nearly 100-day voyage, covering a sailing distance of 12,730 nautical miles. The ship will undertake various planned exercises, including missile firing at real ship targets. This participation is a source of national pride and serves as a benchmark for the RMN’s ability to ensure all its assets function excellently.

The RMN’s participation in RIMPAC 2024 conveys several important messages and benefits for the nation: showcasing the RMN’s capability and readiness to conduct complex and challenging maritime operations, enhancing interoperability between the RMN and all the international navies participating in this exercise. Additionally, this exercise serves as a platform for RMN personnel to gain new knowledge and experience through intensive joint training. Furthermore, this participation will further strengthen Malaysia’s diplomatic and defence relationships with other countries through close interaction and cooperation.


π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŸπŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ – πŠπƒ π‹π„πŠπˆπ” π’π„π‘π“π€πˆ π‘πˆπŒππ€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ’: ππ”πŠπ“πˆ πŠπ‘π„πƒπˆππˆπ‹πˆπ“πˆ π“π‹πƒπŒ πƒπˆ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 π†π‹πŽππ€π‹

KD LEKIU akan menyertai Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 di Pearl Harbor, Hawaii. Majlis Pelepasan KD LEKIU telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin di Tambatan Pangkalan Lumut, hari ini. Pelepasan bersejarah ini turut dihadiri oleh Pegawai Kanan, Pegawai Memerintah di Armada Barat TLDM dan ahli keluarga KD LEKIU.

Eksesais ini merupakan eksesais multilateral terbesar di dunia dan RIMPAC 2024 bakal menyaksikan penyertaan lebih dari 30 negara dengan penglibatan sebanyak 40 buah kapal, empat kapal selam dan 170 pesawat. RIMPAC 2024 merupakan penglibatan ketiga TLDM dan kali kedua bagi KD LEKIU, yang telah menyertainya buat kali pertama pada tahun 2018 dan diteruskan dengan penyertaan KD LEKIR pada tahun 2022. Objektif eksesais kali ini adalah untuk melatih keupayaan gabungan pasukan RIMPAC dalam persekitaran maritim dinamik bagi menunjukkan kesalingoperasian berterusan merentasi spektrum penuh operasi ketenteraan.

Sepanjang eksesais ini, KD LEKIU yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Kepten Mahamad Nazir bin Darus TLDM, akan menempuh tempoh pelayaran hampir 100 hari, merangkumi jarak pelayaran sejauh 12,730 batu nautika. Kapal juga akan melaksanakan pelbagai latihan yang dirancang, termasuk penembakan misil ke sasaran kapal sebenar. Penyertaan ini adalah satu kebanggaan bagi negara dan menjadi penanda aras keupayaan TLDM dalam memastikan semua asetnya berfungsi dengan cemerlang.

Penyertaan TLDM dalam RIMPAC 2024 membawa beberapa mesej penting dan manfaat kepada negara iaitu menunjukkan keupayaan dan kesiapsiagaan TLDM dalam melaksanakan operasi maritim yang kompleks dan mencabar serta meningkatkan kesalingoperasian antara TLDM dengan kesemua angkatan laut antarabangsa yang menyertai eksesais ini. Selain itu, eksesais ini dijadikan platform anggota TLDM untuk menimba ilmu dan pengalaman baru melalui latihan bersama yang intensif. Di samping itu juga, penyertaan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik dan pertahanan Malaysia dengan negara-negara lain melalui interaksi dan kerjasama erat.

NavyUpdate

RIMPAC29

Kesiagaan

TLDM90

SediaBerkorban

Markas Pemerintahan Armada Barat
KD LEKIU FFGH 30

Top
%d bloggers like this: