You are here
Home > Parade & Ceremony > Appreciation Parade for Senior Army Officers

Appreciation Parade for Senior Army Officers

The Malaysian Army’s Senior Officers (TDM) Parade in appreciation and for the retirement of Major-General Dato’ Zulkapri bin Rahamat and Major-General Dato’ Hj Mohd Anuar bin Rijaludin was held at the 6th Royal Ranger Regiment (6 RRR), Lok Kawi Camp, Kota Kinabalu , Sabah on 17 December 2019.

Major-General Dato’ Zulkapri bin Rahamat will end his 41-year service in the Army on 20 March 2020. He is a former Commander of the Task Force (TF) 450 now known as the 5th Division. He was appointed as Commander TF 450 from August 2015 to October 2018. His final post before retirement was Chief of Staff, Joint Force HQ.

MG Dato' Zulkapri bin Rahamat
MG Dato’ Zulkapri bin Rahamat

Major General Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar bin Rijaludin will end his 42-year service in the Army on 25 March 2020. He is a former 5th Brigade Commander in charge of the 5th Brigade Headquarters from September 2015 until September 2018. His last position was as Assistant Commander of the Reserve Force.

MG Dato' Pahlawan Hj Mohd Anuar bin Rijaludin
MG Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar bin Rijaludin

PERBARISAN PENGHARGAAN PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT MALAYSIA

Perbarisan Penghargaan Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) sempena Persaraan Mejar Jeneral Dato’ Zulkapri bin Rahamat dan Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar bin Rijaludin telah diadakan di Padang Kawad 6 Rejimen Artileri Diraja (6 RAD), Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Disember 2019. Perbarisan penghargaan tersebut dilaksanakan serentak memandangkan kedua-dua Pegawai Kanan akan menamatkan persaraan pada jangkamasa yang sama dan pernah berkhidmat sebagai Panglima di Negeri Sabah. Perbarisan penghargaan tersebut telah disaksi dan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.

Sebagai menghargai perkhidmatan kedua-dua Pegawai Kanan TDM yang diraikan, acara telah dipertontonkan dengan perbarisan tempur yang terdiri daripada 6 kontinjen melibatkan 21 Pegawai dan 457 anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-22 RAMD, Lt Kol Mohd Rizwan bin Abdullah. Turut dipertontonkan semasa perbarisan tersebut adalah peragaan aset dan kenderaan TDM.

Mejar Jeneral Dato’ Zulkapri bin Rahamat bakal menamatkan perkhidmatan selama 41 tahun dalam TDM pada 20 Mac 2020. Beliau merupakan mantan Panglima Angkatan Petugas 450 (Task Force 450) yang kini dikenali sebagai 5 Divisyen. Memulakan tugas sebagai Panglima Angkatan Petugas 450 bermula Ogos 2015 sehingga Oktober 2018. Beliau merupakan seorang pegawai dari Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang ditauliahkan pada bulan Julai 1978 dan memulakan karier sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-19 RAMD di Kedah. Jawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan adalah sebagai Ketua Staf di Markas Angkatan Bersama (MK AB).

Sepanjang perkhidmatan, antara jawatan penting yang lain yang pernah disandang beliau adalah Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 RAMD yang ketika itu berpangkalan di Sabah, Komandan Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Pengarah Pengurusan Latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Port Dickson, Panglima 6 Briged yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan Panglima 9 Briged yang berpangkalan di Sibu, Sarawak. Dalam ucapannya, beliau melahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga 5 Divisyen dan TD atas perbarisan penghargaan yang diadakan. Beliau juga turut berkongsi pandangan berkaitan sikap perpaduan warga TD yang membawa kepada kekuatan TD dari dulu hingga kini dan beliau sangant berbangga menjadi sebahagian dari warga TD.

Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar bin Rijaludin bakal menamatkan perkhidmatan beliau selama 42 tahun dalam TDM pada 25 Mac 2020. Beliau merupakan mantan Panglima 5 Briged yang memulakan tugas di Markas 5 Briged bermula pada bulan September 2015 sehingga bulan September 2018. Di permulaan kerjaya, beliau juga merupakan pegawai yang telah ditauliahkan ke dalam kor RAMD pada bulan Januari 1978 dan memulakan khidmat sebagai Ketua Platun di Batalion Ke- 24 RAMD di Terengganu.

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan (APPS). Beliau juga telah menjawat beberapa jawatan penting sebelum ini iaitu sebagai Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 RAMD, Pengarah Sumber Manusia di Cawangan Sumber Manusia dan Ketua Pengarah Pembangunan di Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Darat, Komandan di Institut Pengurusan Tentera Darat serta pernah mengikuti misi ONUMOZ (United Nations Operations in Mozambique) di Mozambique, Afrika. Dalam ucapan penghargaannya, Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anwar Rijaludin amat terharu dengan penghargaan yang disampaikan pada majlis meraikan persaraan beliau dan akan diabadikan sebagai kenangan manis buatnya dan isteri.

TDM akan kehilangan khidmat bakti dari kedua-dua Panglima ini dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa bakti dan perkhidmatan yang dicurahkan oleh kedua-dua Pegawai Kanan kepada ATM amnya dan TDM khasnya serta selamat maju jaya dan selamat bersara.

Top
%d bloggers like this: