You are here
Home > Parade & Ceremony > New Malaysian Chief Of Air Force Gen Ackbal bin Samad

New Malaysian Chief Of Air Force Gen Ackbal bin Samad

Subang, 3 January 2020, – The Malaysian Chief of Air Force (RMAF ) Change of Command Parade was held in full force at the Subang Air Base today. Deputy Chief of Air Force General Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad was appointed as the 19th Malaysian Chief of Air Force today.

The ceremony began with a parade inspection by the new Chief of Defence Forces (CDF) and followed by the ceremony of wearing the “RMAF General” rank for General Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad RMAF.


SUBANG, 3 Januari 2020, – Perbarisan Serah Terima Jawatan Panglima Tentera Udara (PTU) telah dilaksanakan penuh istiadat ketenteraan bertempat di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan disusuli dengan upacara pemakaian pangkat “Jeneral TUDM” kepada Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang telah dilaksanakan secara bersama oleh Panglima Angkatan Tentera dan Isteri Panglima Tentera Udara, Datin Sri Dato’ Norainy binti Shahar Alam.

General Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad wearing the General rank
Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad

Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dilantik sebagai Panglima Tentera Udara yang ke-19 berkuat kuasa pada hari ini. Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu berkuat kuasa Khamis,2 Jan 2020.

Sementara itu, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang menurutnya merupakan calon paling sesuai untuk menerajui TUDM.

Di akhir acara, Panglima Angkatan Tentera dan isteri,YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah diraikan dalam acara send-off dengan menggunakan pesawat pejuang F/A-18D Hornet.

Top
%d bloggers like this: