You are here
Home > Parade & Ceremony > General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang Appointed as New Malaysian Chief of Defence Forces

General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang Appointed as New Malaysian Chief of Defence Forces

General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ts. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, who is about to end his service with the MAF, has handed over his duties as MAF Chief of Defence Forces to General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang, who was the former Air Force Chief. The CDF handover ceremony was witnessed by the Minister of Defense, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu on 2 Jan 2020.


JENERAL TAN SRI DATO’ SRI HJ AFFENDI BIN BUANG TUDM DILANTIK PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-21

KUALA LUMPUR, 2 Januari 2020 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyaksikan perubahan secara rasmi tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Tentera yang baharu dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.

Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ts. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang akan menamatkan perkhidmatan di dalam ATM telah menyerahkan tugas sebagai Panglima ATM kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM yang merupakan Panglima Tentera Udara sebelum ini. Majlis Serah Terima Tugas Panglima ATM ini telah disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu.

Pelantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM sebagai Panglima Angkatan Tentera adalah merupakan Panglima Tentera Udara yang kedua selepas Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM yang memegang jawatan sebagai Panglima ATM Ke-17 pada 1 Sep 2009 hingga 14 Jun 2011. Ini juga menyaksikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM merupakan anak jati Sarawak pertama dilantik menerajui kepimpinan tertinggi dalam organisasi ATM.

Di akhir majlis, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ts. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah dihargai dalam acara ‘send-off’ di mana para pegawai dan anggota ATM berbaris mulai ruang legar bangunan Wisma Pertahanan hingga ke Balai Pengawal Utama untuk mengiringi serta bersalaman sebagai tanda akhir mengucapkan selamat bersara kepada beliau yang telah 4 dekad menabur bakti kepada negara.

Top
%d bloggers like this: