You are here
Home > Parade & Ceremony > Closing and Handing-over Ceremony of the MTAT at Haigate

Closing and Handing-over Ceremony of the MTAT at Haigate

KUALA LUMPUR, 31 January 2020 – The Malaysian Chief of Defence Forces Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF witnesses the Closing and Handing-over Ceremony of the Malaysian Armed Forces Staff College (MTAT) at Haigate, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur today.

Also present at the ceremony was Deputy Chief of Air Force LG Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF representing the Chief of Air Force.

The event was a symbolic closure of the premises which had been gradually moved to the National Defence Education Centre (PUSPAHANAS), Putrajaya in September 2019 where the students of the Malaysian Command and Staff Course Series 49/2020 began their study session on the new premises starting from 1 September 2019 to 31 August 31 2020. The MTAT Premises in Haigate will be taken over by the Communications and Electronics Division (KOMLEK), 91 Royal Signals Regiment and the MAF Officer’s Complex (Wisma Perwira ATM).

MTAT is an institution of higher education of the Malaysian Armed Forces which provides professional education in the Post Graduate Diploma. The course is attended by MAF officers with the rank of Major or equivalent from all three services of the MAF to prepare them for higher level positions. The college also offers officers from other government agencies such as the Royal Malaysian Police (RMP), the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA), as well as Public Service Department officials.


MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYERAHAN PREMIS MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA (MTAT), HAIGATE

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2020 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutupan serta Penyerahan Premis Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Haigate, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama menyaksikan upacara yang bersejarah ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM mewakili Panglima Tentera Udara.

Majlis ini merupakan simbolik kepada penyerahan penutupan premis berkenaan yang telah berpindah secara berperingkat ke Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya pada September 2019 yang mana Penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 telah memulakan sesi pengajiannya di premis baharu mulai 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2020. Premis MTAT di Haigate ini akan diambil alih oleh Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK), Rejimen 91 RSD dan Wisma Perwira ATM.

MTAT adalah sebuah institusi pendidikan tinggi Angkatan Tentera Malaysia yang menyediakan pengajian profesional di peringkat Diploma Lepasan Ijazah. Kursus ini dihadiri oleh pegawai-pegawai ATM berpangkat Mejar atau setaraf daripada ketiga-tiga cabang Perkhidmatan ATM bagi melengkap dan menyediakan mereka untuk menjawat jawatan di peringkat yang lebih tinggi. Maktab ini turut menawarkan tempat kepada pegawai dari agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan juga pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.

Top