RMAF Promotion and New Joint Force Commander Appointed Parade & Ceremony 19th February 202019th February 2020 SUBANG, 19 February 2020 – Commander Air Region 2 , MG Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad RMAF is promoted to the rank of Lieutenant-General RMAF and will be appointed as the Joint Force Commander. MG Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad RMAF promoted to LG Director National Defence College, PUSPAHANAS, BG Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim RMAF is promoted to the rank of Major-General RMAF and will be appointed as Commander Air Region 2. TUJUH PEGAWAI KANAN TUDM DINAIKKAN PANGKAT SUBANG, 19 Februari 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada tujuh pegawai kanan TUDM yang turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang menghadiri Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara Siri 1/2020 di Kelab Rekreasi Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang. Mendahului senarai pemakaian pangkat adalah Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM yang dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral TUDM dan akan memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama. Seterusnya, Juruarah Maktab Ketahanan Nasional, PUSPAHANAS, Brig Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM dan akan memegang jawatan Panglima Wilayah Udara 2, MAWILUD 2. Manakala Lt Kol Narulnizam bin Razali TUDM, Lt Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM, Lt Kol Muhammad Noruladzim bin M. Taifor TUDM, Lt Kol Ruszali bin Zakaria TUDM dan Lt Kol Sharani bin Kamaruddin TUDM masing-masing dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini adalah atas kewibawaan yang telah ditunjukkan di samping amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pimpinan TUDM untuk terus menjulang nama dan kecemerlangan TUDM. Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada semua pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat di majlis hari ini. Like this:Like Loading... Related